Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribuan Petani Di China 'Bersatu', Selamat Hasil Gandum Curi Perhatian
Bagi mereka yang bergelar petani, bercucuk tanam bukan sekadar mencangkul tanah, tetapi satu pertaruhan jiwa.
Saban hari, mereka membanting tulang, memastikan setiap benih yang disemai membesar dengan sempurna demi mencari sesuapan rezeki.
Namun, langit tidak selalunya cerah.
Apatah lagi sejak kebelakangan ini, fenomena cuaca ekstrem menjadi salah satu cabaran terbesar sektor pertanian.
Bayangkan, pokok yang sudah mula mengeluarkan hasil, tiba-tiba layu menyembah bumi akibat gelombang panas yang melampau.
Belum lagi episod hujan lebat tanpa henti yang menenggelamkan kebun dalam sekelip mata.
Akibatnya, segala modal dan keringat lebur begitu sahaja. Itulah realiti pahit yang terpaksa dihadapi mereka.
Walaupun teknologi pertanian semakin canggih, namun kuasa alam tetap tidak dapat dilawan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, itulah perumpaan yang dapat menggambarkan kerjasama jitu oleh ribuan petani yang cuma menyelamatkan hasil pertanian gandum mereka.
Menerusi perkongsian video di media sosial memaparkan, ribuan mesin penuai dibawa menaiki trak pengangkut ke ladang gandum utama negara itu, di Hubei, Henan dan Anhui.
Usaha ini untuk menyelamatkan hasil pertanian daripada musim tengkujuh yang semakin menghampiri di selatan China.
Dalam klip berkenaan, menunjukkan mesin penuai sibuk menuai hasil gandum tak kira siang dan malam.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji usaha yang dilakukan oleh komuniti petani di wilayah berkenaan.
"Hebatnya bila semua orang bekerjasama," komen seorang pengguna.
"Semoga setiap hasil dapat diselesaikan sebelum musim hujan tiba," komen seorang lagi.
"Hebat bagaimana orang membantu antara satu sama lain semasa krisis," tulis seorang lagi.