Siakap Keli
Bina Replika Kubur
Kredit: Poskota

Tak Dibaiki, Penduduk Bina Replika Kubur Pada Jalan Rosak Teruk

Tak Dibaiki, Penduduk Bina Replika Kubur Pada Jalan Rosak Teruk

Penduduk di Kampung Suminta, Kecamatan Cikulur, Kabupaten Lebak bertindak membina replika kubur di tengah jalan yang rosak selepas ia tidak dibaiki sejak belasan tahun lalu, lapor portal Poskota.

Menurut salah seorang penduduk kampung, Tuti memaklumkan tujuan mereka adalah untuk menyindir Pemerintah Kabupaten Lebak (Pemkab) kerana permintaan mereka sebelum ini tidak diendahkannya.

“Tindakan ini sebagai tanda protes kami terhadap kerajaan kerana jalan di kampung kami sudah berpuluh tahun dibiarkan rosak.

“Jalan yang mengalami kerosakan sepanjang kira-kira 1 kilometer,” ujarnya.

Tiada pegawai pemerintah yang selesaikan isu berkenaan

Selain itu, tambahnya, penduduk kampung sebelum ini pernah beberapa kali menyampaikan permintaan mereka supaya jalan itu dibaiki.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pegawai pemerintah yang datang untuk melihat permasalahan berkenaan.

Menurut portal Poskota, keadaan jalan menjadi lebih teruk apabila hujan turun. Ini kerana takungan air yang memenuhi jalan itu membuatkan pengguna sering terjatuh semasa memandu.

“Dulu saya pernah jatuh di atas jalan ini. Kebetulan saya sedang membawa anak saya ke sekolah

“Namun kini saya rasa sudah terbiasa disebabkan keadaan jalan masih rosak dan semakin teruk,” kata Tuti lagi.

Penduduk pernah cuba membaiki jalan sendiri

Jelas wanita itu lagi, terdahulu penduduk cuba membaiki jalan yang rosak dengan usaha sendiri.

Dengan membawa peralatan ringkas dari rumah seperti baldi dan cangkul, penduduk secara sukarela bekerjasama mengumpul wang bagi membeli barang-barang yang diperlukan untuk membaiki jalan.

Poskota berkata, jalan yang rosak itu dipercayai merupakan jalan akses utama orang ramai, malah ia menghubungkan tiga kecamatan. Antaranya, Kecamatan Warunggunung, Cikulur dan Cibadak.

BACA: Tak Mahu Ada Yang Sunyi, Syarikat Bagi Duit Kepada Staf Bujang Yang Bercinta

Sumber: Poskota

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.