Siakap Keli
syarikat duit bujang bercinta
Kredit: Gemini AI

Tak Mahu Ada Yang Sunyi, Syarikat Bagi Duit Kepada Staf Bujang Yang Bercinta

Tak Mahu Ada Yang Kesunyian, Syarikat Bagi Duit Kepada Staf Bujang Yang Bercinta

Sebuah syarikat di selatan China telah memperkenalkan insentif tunai bagi menggalakkan kakitangannya yang bujang untuk bercinta.

Menurut South China Morning Post, syarikat berkenaan memperkenalkan ganjaran tersebut untuk memupuk semangat romantik dalam kalangan pekerjanya.

Langkah yang diambil oleh syarikat kamera, Insta360 itu dipercayai akan meningkatkan kebahagiaan secara keseluruhan dan akan memberi impak positif kepada syarikat.

Difahamkan, syarikat itu akan memberi 66 Yuan (kira-kira RM40) bagi setiap hantaran yang sah yang memperkenalkan individu bujang di luar syarikat menerusi platform dating dalam taliannya.

Syarikat itu kemudian menyediakan ganjaran tunai kepada staf-staf bujang yang berjaya memadankan diri dengan mana-mana individu berkenaan.

Sekiranya hubungan percintaan mereka bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan, staf dan pasangannya serta penemu jodoh mereka akan menerima 1000 Yuan (kira-kira RM618).

Kakitangan Insta360 difahamkan menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan syarikat itu.

Syarikat bagi ganjaran duit untuk galak staf bujang bercinta 

Menurut SCMP, seorang kakitangan mendedahkan bahawa hampir 500 hantaran berkenaan individu bujang telah dimuat naik ke platform forum percintaan syarikat sejak 11 November lalu.

Setakat ini, Insta360 telah mengagihkan ganjaran hampir 10,000 Yuan (kira-kira RM6,179) kepada pihak-pihak yang berkongsi hantaran mengenai individu bujang tersebut.

Disebabkan kempen berkenaan baru bermula kurang daripada tiga bulan yang lalu, maka tiada staf yang layak menikmati bonus bujang tersebut setakat ini.

Rata-rata wargamaya berasa cemburu dengan insentif ini

Dalam pada itu, warga maya memberikan reaksi yang berbeza-beza selepas berita berkenaan kempen berkenaan tersebar di media sosial.

Sebahagian daripada mereka menyambut baik usaha Insta360 dan wajar diikuti oleh syarikat-syarikat lain.

Pada masa yang sama, ada yang mengingatkan bahawa hubungan percintaan yang terbina lebih berharga daripada ganjaran yang diterima.

Kadar kelahiran di China mencecah rekod terendah pada 2023

Terdahalu, kadar perkahwinan di China menunjukkan penurunan berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Data terkini kerajaan menunjukkan hanya 4.74 juta pasangan di China mendaftar perkahwinan dalam tiga suku pertama 2024.

Ia menurun sebanyak 16.6 peratus berbanding 5.69 juta pendaftaran perkahwinan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Selain itu, kadar kelahirannya juga mencecah rekod terendah pada tahun lepas.

Rekod menunjukkan kadar kelahiran merudum daripada 6.77 kelahiran setiap 1,000 orang pada 2022 kepada 6.39 kelahiran pada 2023.

BACA: Karya ‘Agung’ Pisang Lekat Dengan Selotep Kini Bernilai Lebih RM4 Juta

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.