Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pisang Melekat Di Dinding
Kredit: AFP

Karya ‘Agung’ Pisang Lekat Dengan Selotep Kini Bernilai Lebih RM4 Juta

Athirah

Karya ‘Agung’ Pisang Lekat Dengan Selotep Kini Bernilai Lebih RM4 Juta

Sebuah karya seni yang memaparkan sebiji pisang ditampal pada dinding dengan pita pelekat atau selotep dinilai berharga lebih RM4 juta.

Menurut The Sun UK, karya ‘agung’ artis Itali, Maurizio Cattelan yang dikenali sebagai Comedian itu membuat penampilan sulung pada 2019.

Karya berkenaan yang terdiri daripada sebiji pisang berwarna kuning dan dilekatkan di dinding dengan pita pelekat berwarna kelabu pantas menjadi topik sensasi warga dunia.

Ia kemudiannya menjadi inspirasi kepada banyak pihak dan dianggap sebagai gamechanger kepada cara memahami karya seni kotemporari.

Merupakan karya mendalam dan provokatif

Kini, karya seni minimalis itu dianggarkan mempunyai nilai lebih RM4 juta dan akan dilelongkan dalam acara lelongan Sotheby’s, di New York pada 20 November.

Ketua Seni Kontemporari Sotheby’s, David Galperin berkata, pemenang bidaan itu kelak akan memiliki karya yang mempunyai maksud yang mendalam dan provokatif.

“Apa yang dilakukan oleh Maurizio Cattelan sebenarnya adalah mengalihkan ‘cermin’ ke arah dunia seni kotemporari dan bertanyakan soalan.

“Ia juga satu provokasi pemikiran tentang bagaimana kita memberi nilai kepada karya seni dan apa yang kita takrifkan sebagai karya seni,” katanya.

Mengulas lanjut tentang karya itu, Galperin mendedahkan pemiliknya kelak bukanlah membida pisang itu sendiri.

“Sebaliknya mereka akan membida sijil ketulenan yang akan membenarkan pemiliknya untuk menghasilkan semula karya tersebut pada dinding sendiri sebagai karya asli Maurizio Cattelan,” kata Galperin lagi.

Maurizio Cattelan sering dianggap sebagai ‘artis banyak muslihat’

Walaupun banyak pihak cuba meletakkan maksud pada Comedian, namun ada juga melihat karya tersebut mungkin bertujuan untuk jenaka semata-mata.

Ia selepas mengambil kira reputasi Maurizio Cattelan yang digelar sebagai artis yang banyak muslihat, seperti yang dikatakan oleh ahli akademik fakulti seni Universiti Columbia, Chloé Cooper Jones.

“Beliau sering mencari cara untuk memprovokasi kita, tetapi bukan hanya untuk provokasi semata-mata.

“Sebalik mahu kita mencari cara untuk melihat bahagian-bahagian gelap dalam sejarah manusia dan diri sendiri,” katanya.

Pisang dipercayai sebagai simbol imperialisme

Dalam pada itu, Chloé sedniri turut berspekulasi bahawa karya pisang tersebut sebenarnya adalah ulasan mengenai imperialisme dan eksploitasi buruh.

“Amat sukar untuk mencari simbol yang lebih baik dan ringkas untuk menggambarkan perdagangan global dan segala eksploitasi yang berlaku selain daripada pisang,” katanya.

BACA: Jangkaan Luruan Monsun Kuat, Potensi Hujan Sangat Lebat & Berterusan Di Timur Semenanjung

Sumber: The Sun UK