Siakap Keli
Luruan Monsun
Kredit: Bernama

Jangkaan Luruan Monsun Kuat, Potensi Hujan Sangat Lebat & Berterusan Di Timur Semenanjung

Jangkaan Luruan Monsun Kuat, Potensi Hujan Sangat Lebat & Berterusan Di Timur Semenanjung

Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan mengenai luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan sedang berlaku di timur dan selatan Semenanjung.

Menurut hantaran Malaysian Meteorological Department di Facebook, analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember 2024.

Difahamkan, ia berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa rujuk laman sesawang rasmi MET Malaysia

“MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini Amaran Hujan Berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk,” ujar hantaran berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam turut dinasihatkan agar bersiap sedia dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Orang awam juga boleh merujuk laman web www.met.gov.my atau muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata hantaran lagi.

BACA: Seram, GoPro Rakam POV Situasi Bahaya Bomba Hadap Masa Padam Kebakaran Rumah

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02za4h2LPQhSGaVFFQenux4rugSvGvCdjfnfeHckKuXvzHZg7ncaztH6DFEJx7ea9l

BACA: Anak Panjang Akal, Ibu Terkedu Tengok Bawang Berendam ‘Elok’ Dalam Mesin Basuh

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.