Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
GoPro Kongsi 'POV' Anggota Bomba
Kredit: GoPro via Youtube
Tiada Kategori

Seram, GoPro Rakam POV Situasi Bahaya Bomba Hadap Masa Padam Kebakaran Rumah

Athirah

Seram, GoPro Rakam POV Situasi Bahaya Bomba Hadap Masa Padam Kebakaran Rumah

Kerjaya sebagai seorang anggota bomba sememangnya bukan satu pekerjaan yang mudah.

Sebagai anggota bomba, tugas mereka bukan hanya semata-mata memandam kebakaran, tetapi perlu menangani hampir semua kes kecemasan yang berlaku.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar insiden, anggota bomba merupakan barisan yang terawal yang hadir di lokasi kejadian.

Tugas yang dilaksanakan pula sangatlah berisiko tinggi dan seringkali meletakkan nyawa sendiri sebagai ‘cagaran’ ketika berusaha menyelamatkan kehidupan yang lain.

Malah, media sebelum ini juga turut pernah melaporkan kisah-kisah keperwiraan anggota bomba yang gugur ketika terlibat dalam operasi menyelamat, baik yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.

Berita-berita ini sekaligus menjadi bukti bahawa bomba mempunyai tanggungjawab besar dan memainkan peranan penting dalam masyarakat.

GoPro rakam POV anggota bomba ketika padam kebakaran rumah

Baru-baru ini, saluran Youtube GroPro berkongsi satu video yang menunjukkan beberapa anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran di sebuah rumah di Chile.

Video berkenaan pantas menjadi viral kerana memaparkan sudut pandangan atau POV situasi bahaya yang perlu dihadapi oleh anggota pasukan penyelamat ketika bertugas.

Berdasarkan rakaman berkenaan, seorang anggota bomba bernama Joseth Abel dilihat sedang bertungkus lumus memadam api marak yang sedang membakar rumah tersebut.

Ketika itu, Abel kelihatan sedang mengacukan hos untuk menyembur air ke arah api yang sedang membakar dengan cukup laju.

Video berkenaan mendapat dua juta tontonan setakat ini

Pada masa yang sama, asap hitam dan tebal juga kelihatan di sekeliling anggota bomba berkenaan yang mana pasti membuatkan sesiapa yang melihat rakaman itu menjadi sesak nafas.

Malah, mereka juga berdepan cabaran keruntuhan rumah kerana sebahagian besar strukturnya sudah pun hangus dijilat api.

Di penghujung video, penonton dapat melihat suasana yang semakin gelap sejurus anggota bomba berjaya mengawal api yang marak.

“Walaupun rumah itu tidak berjaya diselamatkan, mujur tiada siapa yang cedera,” ujar GoPro menerusi ruangan kapsyen.

Anggota bomba dianggap sebagai ‘superhero’

Tindakan anggota bomba merisikokan nyawa demi menyelamatkan orang awam membuatkan orang ramai berasa sebak dan terharu.

Pada masa yang sama, rata-rata pengguna Youtube seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka sendiri menerusi video tersebut.

Oleh itu, mereka merasa amat wajar anggota bomba digelar sebagai wira dan diberikan gaji yang setimpal dengan risiko yang perlu mereka hadapi setiap hari.

BACA: Ramai Tak Tahu Kotak Pizza Berminyak Tidak Boleh Dikitar Semula, Ini Sebabnya

Sumber: GoPro via Youtube