Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Anak Bawang mesin basuh
Kredit: @nurhakimah71 via TikTok
Tiada Kategori

Anak Panjang Akal, Ibu Terkedu Tengok Bawang Berendam ‘Elok’ Dalam Mesin Basuh

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Anak Panjang Akal, Ibu Terkedu Tengok Bawang Berendam ‘Elok’ Dalam Mesin Basuh

Fasa ketika anak-anak sedang membesar merupakan tempoh yang cukup mencabar kepada mana-mana pasangan ibu bapa.

Apa tidaknya, dalam tempoh ini si kecil kesayangan sebenarnya sedang meneroka banyak perkara dan mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Setiap hari, ada sahaja kelaku mereka yang boleh diperhatikan. Kerenah-karenah ini, ada masanya amat lucu sehingga boleh tergelak besar kita dibuatnya, kan?

Ibu terperanjat, anak masukkan bawang dalam mesin basuh

Begitu jugalah situasi yang dihadapi oleh seorang ibu menerusi satu video yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, @nurhakimah71, dia merasa terkejut dan pada masa yang sama turut terhibur dengan ‘projek istimewa’ yang dilakukan anak kecilnya.

Pada awalnya dia hanya menyangka anak yang berusia setahun 10 bulan itu hanya bermain dengan mesin basuh semata-mata.

Namun siapa sangka, ada kerja lain yang sedang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dan perkara itu hanya disedari apabila @nurhakimah71 membuka penutup mesin basuh tersebut.

“Dia naik kerusi dan main tekan-tekan, rupanya ada projek lain. Nasib mama perasan!” ujarnya.

Ketika itu, dia terkedu apabila menemui beberapa ulas bawang merah dan bawang putih yang terapung elok bersama pakaian yang sedang dicuci.

Rupa-rupanya, kanak-kanak tersebut berjaya menekan butang stop yang membenarkan penutup mesin basuh berkenaan boleh dibuka.

Peluang yang terbentang luas itu kemudian dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anak ketiganya untuk melaksanakan ‘misi sulit’ sendiri.

Perkongsian tersebut pantas menjadi viral dan mengundang pelbagai komentar daripada warga maya yang rata-rata turut tergelak besar melihat situasi berkenaan.

“Tinggal letak serai dan pes tomyam”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @nurhakimah71.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama apabila anak mereka pernah meletakkan sesuatu di dalam mesin basuh.

“Dah macam kuah singgang,” komen seorang wargamaya.

“Dia nak mudahkan kerja maknya, selepas ini tak perlu susah payah kupas bawang lagi,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Seram, GoPro Rakam POV Situasi Bahaya Bomba Hadap Masa Padam Kebakaran Rumah

Apa pun, momen berkenaan pastinya akan dikenang oleh keluarga berkenaan sampai bila-bila.

Sumber: @nurhakimah71 via TikTok