Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sweden finland perang
Gambar: AFP

Sweden & Finland Keluar Panduan Khas, Minta Rakyat Bersiap Sedia Dengan Perang

Fazidi

Sweden & Finland Keluar Panduan Khas, Minta Rakyat Bersiap Sedia Dengan Perang

Sweden dan Finland dilapor menggesa rakyatnya untuk meningkatkan persedian bagi menghadapi kebarangkalian sekiranya perang meletus.

Menurut AFP, Sweden membuat gesaan itu menerusi jutaan buku panduan yang diedarkan kepada orang ramai bermula Isnin lepas.

Manakala Finland pula menubuhkan satu laman web khas untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, buku panduan bertajuk If Crisis or War Comes yang diedarkan oleh Sweden dilapor mengandungi maklumat tentang cara untuk bersedia menghadapi beberapa kecemasan.

Antaranya persediaan menghadapi perang, bencana alam dan serangan keganasan.

Sweden, Finland keluar panduan minta rakyat sedia dengan perang

“Ancaman ketenteraan semakin meningkat. Kita perlu bersiap sedia berhadapan dengan senario terburuk iaitu serangan bersenjata ke atas Sweden,” kata buku panduan tersebut.

Selain itu, buku panduan berkenaan turut mengandungi tip-tip persediaan seperti menyimpan stok makanan tidak mudah rosak, menyimpan duit tunai dan cara bercucuk-tanam di halaman rumah.

Buku panduan setebal 32 muka surat itu adalah versi terkini kepada risalah yang pernah diagihkan oleh Sweden kepada rakyatnya sebanyak lima kali sejak Perang Dunia Kedua.

Kali terakhir negara tersebut mengedarkan buku panduan berkenaan adalah pada 2018.

Menurut Agensi Kontingensi Awam Sweden (MBS), buku panduan yang dikemas kini itu memberi lebih penekanan kepada persediaan menghadapi perang.

Tersedia dalam versi cetak dan digital

Buku panduan tersebut diagihkan dalam bahasa Sweden dan Inggeris untuk versi bercetak.

Manakala versi digitalnya pula tersedia dalam bahasa Arab, Parsi, Ukraine, Poland, Somalia dan Finland.

Sementara itu, Finland yang berkongsi sempadan panjang dengan Rusia turut melancarkan sebuah laman web baru yang mengumpulkan maklumat persediaan berdepan dengan pelbagai krisis.

Kedua-dua negara berkenaan sebelum ini telah menamatkan dasar untuk tidak terlibat dengan mana-mana pakatan tentera dengan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Keputusan untuk menamatkan dasar yang dipegang selama berdekad-dekad lamanya dan menyertai NATO yang diketuai Amerika Syarikat dibuat selepas Rusia-Ukraine meletus pada 2022.

BACA: Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western

Sumber: AFP