Pastikan Sah, Hanya 37 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Berlesen Bagi 2025
Kebiasaan bagi Muslim mengira tempoh yang tinggal sebelum tibanya bulan Ramadan. Berbeza bagi mereka yang sudah menerima panggilan Haji, kiraan tibanya hari berangkat ke tanah suci Mekah menjadi tumpuan.
Persediaan rapi dilakukan supaya perjalanan menunaikan haji tidak terganggu. Bermula dari kursus haji, hingga urusan visa, segalanya mesti sempurna. Ada yang mula membuat perancangan mencari penjaga anak-anak yang masih bersekolah. Ada juga yang mencari pembantu menjaga haiwan peliharaan dan ternakan.
Biarpun begitu, masih ada satu perkara yang sering dilupakan jemaah haji dek terujanya untuk menunaikan Rukun Islam yang terakhir. Perkara ini sering berlaku terhadap jemaah haji yang terpancing dengan tawaran haji agensi pelancongan. Syarikat ini mendakwa mereka menerima Visa Furada atau Visa Mujamalah.
BACA: Kenali Apa Itu Visa Furada & Ini Sebabnya Tabung Haji Minta Bakal Jemaah Haji Berhati-hati
Saban tahun, media melaporkan ratusan jemaah haji tertipu dengan tawaran pihak tidak bertanggungjawab. Jadi, sebagai bakal haji Visa Haji Urusan Sendiri (VHUS), persediaan paling utama ialah pemilihan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen.
Tahun ini, pihak Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan senarai PJH berlesen. Setakat ini, hanya 37 syarikat yang menerima Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi 2025.
Menerusi muat naik di laman sesawang TH, syarikat-syarikat tersebut ialah Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd, Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd, Alif Travel & Tours Sdn Bhd, Amani Travel Sdn Bhd, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd, dan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
Selain itu, Batuta Travel & Tours Sdn Bhd, Busyra Holidays Sdn Bhd, Citra Travel & Tours Sdn Bhd, dan CS Holidays Sdn Bhd turut tersenarai. Syarikat Eiman Travel & Tours Sdn Bhd, Felda Travel Sdn Bhd juga antara syarikat yang menerima lesen PJH tahun ini. Begitu juga Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd dan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd.
BACA: “Nak Dekat 11 Jam Kat Situ,” Tersadai Kat “Airport”, Impian Haji Musnah
TH turut menyenaraikan Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd, In Saff Travel And Tours Sdn Bhd, Jad Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pemegang lesen sah.
Dalam pada itu, syarikat Kawan International Travel Sdn Bhd, Kembara Umrah Sdn Bhd, KRS Travel Sdn Bhd, Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd dan Mimm Travel & Tours Sdn Bhd juga sebahagian daripada senarai tersebut.
Sebagai tambahan, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd dan Rayhar Travels Sdn Bhd juga disahkan berlesen. Begitu juga Samrah Travel Sdn Bhd dan Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd.
Selain TH Travel & Services Sdn Bhd, agensi pelancongan Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd, Titim Travel Sdn Bhd juga sudah menerima kelulusan memegang lesen tersebut. Begitu juga TM Tours & Travel Sdn Bhd dan Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd.
Tiga lagi syarikat yang disenaraikan ialah Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd, Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.
BACA: “Aku Namakan Dia Tuah,” Kisah Pesakit Skoliosis Hamil Buat Netizen Terharu
Sumber: Tabung Haji