Siakap Keli
salah kecewa liverpool
Gambar: AFP

“Dah Dekat Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool

“Dah Bulan Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool

Bintang bola sepak Mesir yang kini beraksi bersama Liverpool, Mohamed Salah tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ketika diaju persoalan berhubung masa depannya bersama kelab itu.

Menurut Salah, beliau setakat ini masih belum menerima apa-apa tawaran untuk menyambung kontrak daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Sudah hampir bulan Disember dan saya masih belum menerima apa-apa tawaran untuk kekal bersama kelab (Liverpool).

“Jadi, situasi ketika ini saya mungkin lebih hampir akan berpindah berbanding akan kekal,” kata Salah.

Beliau bagaimanapun mengakui masih menyayangi kelab itu dan peminatnya serta mahu terus beraksi bersama Liverpool di musim-musim akan datang.

Salah kecewa dengan Liverpool, masih tak tawar sambung kontrak

“Saya sudah bersama dengan kelab ini untuk banyak tahun. Tiada kelab lain seperti Liverpool, tetapi akhirnya keputusan bukan di tangan saya.

“Seperti yang saya katakan, kita sudah menghampiri Disember dan saya masih tidak menerima apa-apa tawaran daripada Liverpool.

“Saya sayangkan peminat dan peminat sayangkan saya. Tetapi keputusan bukan berada di tangan saya atau peminat. Jadi, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku di masa depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Salah tanpa berselindung mengakui kecewa dengan cara kelab mengendalikan situasi kontraknya.

“Ya, sudah tentu saya kecewa. Saya tidak akan bersara dalam masa terdekat. Saya hanya mahu fokus dengan musim ini, cuba memenangi EPL dan moga-moga Liga Juara-juara Eropah juga.

“Tetapi ya, saya kecewa. Tunggu sajalah,” ujar Salah.

Liverpool menandatangani Salah dari AS Roma pada 2017 dengan yuran perpindahan sebanyak £34.3 juta.

Sejak bersama The Reds, Salah menjadi antara pemain kelab itu yang paling konsisten setiap musim sehingga ke hari ini.

Malah, beliau turut menjadi tonggak harapan bekas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp untuk memenangi semua trofi termasuk menamatkan penantian 30 tahun untuk memenangi kejuaraan liga.

Walaupun sudah berusia 32 tahun, Salah tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan prestasi dan kekal menjadi ayam tambatan dibawah jurulatih baru, Arne Slot.

https://x.com/NBCSportsSoccer/status/1860971692878954549

Kontrak semasa beliau akan tamat pada penghujung musim ini.

Sumber: NBC Sport

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.