Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
pejabat tanah sindiket
Gambar: BERNAMA

13 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terbabit Sindiket Pindah Hak Milik Tanah

Athirah

13 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terbabit Sindiket Pindah Hak Milik Tanah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Polis menahan 13 individu termasuk penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penipuan pindah hak milik tanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan terhadap tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan 26 hingga 59 tahun itu, dibuat susulan satu laporan polis oleh seorang penolong pegawai daerah, awal bulan ini.

“Penolong pegawai daerah itu memaklumkan terdapat beberapa transaksi pindah hak milik tanah yang mencurigakan berlaku secara tidak sah, serta kehilangan beberapa dokumen melibatkan borang pindah milik tanah daripada bilik kebal,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.

Ramli berkata hasil siasatan mendedahkan terdapat sindiket dan kartel di dalam pejabat tanah yang menjalankan kegiatan pindah hak milik tanah secara tidak sah, dipercayai dilakukan melalui eksploitasi sistem, dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod penting pindah milik.

Beliau berkata antara suspek yang ditahan itu ialah kakitangan di pejabat tanah dan daerah terbabit namun beliau enggan mengulas lanjut, kerana kes masih dalam siasatan.

Ramli berkata setakat ini dipercayai enam transaksi pindah milik tanah secara tidak sah membabitkan enam bidang tanah dikenal pasti dalam kes itu dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang warga emas berusia 65 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas ditipu sindiket penipuan telefon, semalam.

Ramli berkata mangsa seorang pesara membuat laporan di Pulau Pinang, selepas menerima panggilan daripada sebuah institusi kewangan Islam pada 18 Okt yang mendakwa akaunnya terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya dihubungi individu daripada Balai Polis Ampang yang kononnya akan membuat siasatan terhadap pengadu serta diingatkan untuk tidak menceritakan siasatan tersebut kepada orang lain atau mangsa akan ditahan.

“Mangsa juga diarahkan melaporkan diri lima kali sehari kepada ‘Puan Suraya’ yang kononnya seorang pendakwa raya,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diarahkan membuka akaun baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun tersebut, serta menyerahkan butiran perbankan kepada sindiket.

Ramli berkata semakan mendapati wang daripada akaun bank baharu dibuka mangsa itu sudah dipindahkan ke beberapa bank yang belum dikenal pasti melalui 60 transaksi berbeza.

Beliau berkata mangsa menyedari telah ditipu apabila menceritakan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kepada anak-anak, tolonglah nasihatkan ibu bapa, pakcik, makcik, saudara, rakan taulan terutamanya warga emas. Selitkan perkara ini sebagai agenda perbualan supaya mereka tahu dan terdetik di pemikiran mereka apabila menerima panggilan sebegini,” katanya.

BACA: Presiden Suriname Umum Pemberian Royalti Minyak Kepada Semua Rakyat

Sumber: BERNAMA