Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal landa empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan di laman Facebook, seluruh negeri Melaka dan WP Labuan dijangka alami hujan lebat.
Di Semenanjung, hanya beberapa kawasan di Negeri Sembilan dijangka terima hujan lebat petang ini. Daerah yang tersenarai merupakan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Keadaan cuaca di Sarawak pula menunjukkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang dijangka turut hujan lebat.
Naik ke Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod) turut tersenarai.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihat agar berhati-hati ketika berada di luar. Rancang perjalanan dan elakkan berada di tempat berisiko.
Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan dua negeri dalam tahap bahaya.