Siakap Keli
Perkahwinan Mahalini Rizky tidak sah
Gambar: Instagram Rizky Febian Adriansyah Sutisna

Mahkamah Agama Indonesia Putus Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian Tidak Sah

Mahkamah Agama Indonesia Putus Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian Tidak Sah

JAKARTA — Perkahwinan pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian disytihar tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah, lapor Sinar Harian.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada.

Menurut jurucakap mahkamah, H. Suryana, panel hakim memaklumkan wali yang menikahkan pasangan itu bukan wali yang sah di sisi undang-undang negara dan agama.

“Mahalini seorang mualaf tetapi ibu dan bapanya bukan Islam. Jadi ini bermakna wali yang sah bukan bapanya, ia dikira bukan penjaga yang mempunyai hak,” ujarnya.

Difahamkan, status sah perkahwinan pasangan itu diketahui selepas mereka membuat permohonan pengesahan di Mahkamah.

Gambar: Instagram Rizky Febian Adriansyah Sutisna

Berdasarkan laporan, majlis hakim mendapati pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim sewaktu majlis perkahwinan pasangan itu.

Bagaimanapun, proses menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak sah di sisi undang-undang negara itu.

Perkara ini sudah tentunya memberi kesan besar terhadap kedua-dua pihak baik undang-undang mahupun sosial.

Sehubungan itu, H, Suryana menegaskan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang.

“Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, untuk mengkitiraf semula perkahwinan Febian dan Mahalini, pasangan itu perlu membuat rayuan atau menyusun semula proses perkahwinan di sisi undang-undang.

Pada 10 Mei 2024, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, dan Mahalini Ayu Raharja, 24, telah melangsungkan majlis perkahwinan di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia.

Sumber: Sinar Harian

BACA: “Tak perlu pergi hiking..”, Penduduk Teruja Fenomena ‘Awan Karpet’ Di Sekitar Bangi, Putrajaya

BACA: Kemalangan Di Setiu: Tiga Beranak Maut Baru Pulang Majlis Konvokesyen Anak Bongsu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.