Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
banjir di kelantan
Kredit: Anysss/The Semutar GUIDE

Banjir Makin Memburuk Di Kelantan, Beberapa Kawasan Dilapor Terjejas 

Azizah Najib

Banjir Makin Memburuk Di Kelantan, Beberapa Kawasan Dilapor Terjejas

Beberapa kawasan di Kelantan terjejas sejak malam tadi berikutan banjir akibat hujan lebat. Menerusi video perkongsian orang awam di laman media sosial, banjir dikenal pasti berlaku di sekitar Wisma G-Orange, Tunjong sehingga pagi ini.

Beberapa kenderaan termasuk kenderaan berat dilihat meredah air banjir yang mula naik dan mengenggelamkan jalan utama berhadapan wisma tersebut.

https://www.facebook.com/reel/954599923148116

BACA: 5 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Pagi Ini

Menerusi video perkongsian Khidmat Malaysia, banjir dipercayai menenggelami jalan sejauh satu kilometer.

https://www.facebook.com/reel/441749178971106

Limpahan air dari sungai turut membanjiri jambatan dan jalan bermula malam tadi sehingga pagi ini. Beberapa kereta dan motosikal dilihat berhenti di atas jalan bagi mengelak melalui jambatan yang mula ditenggelami air itu.

https://www.facebook.com/reel/1457931901545431

BACA: Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember

Menurut Astro Awani, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila banjir gelombang kedua membadai negeri tersebut sejak Selasa. Antara kawasan lain yang dilapor terjejas merupakan Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.

Setakat ini, seramai 1,223 mangsa telah ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, Bernama turut melaporkan amaran banjir di Pasir Puteh yang diramal melibatkan 30 buah kampung. Amaran tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada pagi ini.

Beberapa kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa, Kampung Jelor dan Kampung Nara. Kampung Pulau Sa, Kampung Kulim dan Kampung Nering turut tersenarai.

BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Bekas Kubu Tengkera

Selain itu, Kampung Raja, Kampung Tok Sudin, Kampung Sungai Kelong, Kampung Batu Hitam dan Kampung Saring turut dijangka alami banjir.

JPS turut menyenaraikan Kampung Temila, Kampung Wakaf Bunut, Kampung Panggong Tiga Daerah, Kampung Daran Buaya, Kampung Telipot dan Kampung Chengal Pulas.

Menerusi amaran tersebut, Kampung Bukit Gedombak, Kampung Kamil, Bandar Lama Pasir Puteh, Kampung Kelubi dan Bandar Baru Pasir Puteh turut dijangka terjejas banjir. Malah, Kampung Wakaf Tukup, Kampung Gong Pasir, Kampung Batu Berendam, Kampung Sungai Gali dan Kampung Bukit Awang juga turut disenaraikan JPS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan banjir, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicinfoBanjir.

Sumber: Info Banjir Kelantan, Khidmat Malaysia, Anisss, Tyrah, The Semutar GUIDE, Astro Awani, Bernama