Siakap Keli
gangguan air pulau pinang
Kredit: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Pulau Pinang Bermula Esok, 7 Kawasan Terjejas

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Pulau Pinang Bermula Esok, 7 Kawasan Terjejas

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengeluarkan notis peringatan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di tujuh kawasan di Pulau Pinang bermula esok.

Menerusi muat naik di laman Facebook, PBAPP menyenaraikan Bagan Jermal, Batu Ferringhi dan Mount Erskine antara kawasan yang terjejas. Tanjung Bungah, Tanjung Pinang, Tanjung Tokong dan Teluk Bahang turut tersenarai.

Gangguan bekalan air tersebut dijadualkan berjalan selama 14 jam bermula 10 malam, 28 November sehingga 12 tengah hari, 29 November. Berikutan itu, pihak PBAPP menasihatkan 37,000 pengguna air di bahagian utara bahagian pulau untuk menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.

BACA: Banjir: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Pasir Puteh

“Semasa SWSI, pengguna air (termasuk hotel antarabangsa) di kawasan berikut akan mengalami tiada bekalan air atau tekanan air rendah buat sementara waktu,” maklum PBAPP.

Pihak PBAPP turut menegaskan hal ini berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batu Ferringhi yang mengeluarkan air terawat yang dibekalkan untuk kawasan terjejas.

“PBAPP perlu menggantikan injap 900 milimeter yang mengalami kerosakan di dalam LRA. Pada masa yang sama, kakitangan PBAPP dan TNB juga akan menjalankan kerja-kerja servis elektrik voltan tinggi dan penyelenggaraan pencegahan.

“Kerja-kerja air semalaman ini akan memastikan LRA Batu Ferringhi beroperasi secara optimum. Ia juga bagi meminimumkan risiko kerosakan loji ketika penggunaan air yang tinggi dan perubahan iklim ini,” jelas PBAPP lebih lanjut.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang terjejas boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam PBAPP di talian 04-255 8255 untuk maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/PBAPPNEWS/posts/pfbid0Lc1vyh8P1HCyDPK52T8nPU9QaEPdA8gDpspS3HJV9gFNDYeg5a4LjHfRPiXdiUEsl

BACA: Sah Ke Solat Jika Pakaian Berlumpur & Dibasahi Air Banjir, Ini Jawapan Dr Zulkifli

BACA: Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

Sumber: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.