Siakap Keli
omoda universal wicked

OMODA Bekerjasama Dengan Universal Pictures Untuk Filem Wicked

OMODA Bekerjasama Dengan Universal Pictures Untuk Filem Wicked

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER – OMODA, jenama di bawah Chery, mengumumkan  kerjasama dengan Universal Pictures dengan pelancaran filem terbaru berdasarkan muzikal  pentas blockbuster, Wicked

Arahan pengarah terkenal Jon M. Chu, filem Wicked yang memberi perspektif baru kepada  dunia Oz, menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada pemenang Anugerah Emmy,  Grammy, dan Tony serta calon Oscar Cynthia Erivo sebagai Elphaba, seorang wanita muda  berkulit hijau yang sering dipinggirkan.  

Manakala, bintang global dan pemenang Anugerah Grammy, Ariana Grande memainkan  watak Glinda, seorang wanita muda yang popular dan dipenuhi dengan keistimewaan. 

Mereka menjalin persahabatan yang tidak dijangka dan pengembaraan luar biasa mereka di  Oz akhirnya mereka ditakdirkan sebagai Glinda the Good dan Elphaba the Wicked Witch of  the West

Filem muzikal ini turut dibintangi oleh pemenang Oscar pertama Malaysia, Tan Sri Michelle  Yeoh, ikon filem Jeff Goldblum, pemenang Anugerah Olivier dan calon Anugerah Emmy, Jonathan Bailey serta pemenang Anugerah Emmy untuk empat kali, Peter Dinklage. 

Dalam kerjasama ini, OMODA telah menampilkan dua balutan kereta khas (special car wrap) bertemakan filem Wicked iaitu, edisi OMODA E5 Green Witch dan edisi OMODA 5 Pink Witch.  Balutan seni khas ini menampilkan kedua-dua watak utama, Elphaba dan Glinda. 

Kerjasama antara OMODA dan Universal Pictures diharap dapat memberikan pengalaman  dan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada peminat Wicked dan automotif, membina  hubungan yang lebih mesra dan bermakna dengan pengguna. 

Didedikasikan untuk berhubung dengan perintis global, OMODA secara aktif melibatkan  generasi baharu melalui kerjasama merentas industri. Ini telah membawa kepada penciptaan  ekosistem ‘O-Universe’, di mana jenama dan penggunanya berinteraksi merentasi pelbagai  dimensi. 

Di Malaysia, orang ramai juga boleh melihat dan mengambil gambar dengan kenderaan edisi  OMODA 5 Pink Witch yang akan dipamerkan di TGV Pavilion Bukit Jalil dari 28 November  hingga 11 Disember 2024.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.