Siakap Keli
cacar monyet malaysia
Gambar: BERNAMA

Satu Lagi Kes Cacar Monyet Dilapor Di Malaysia

Satu Lagi Kes Cacar Monyet Dilapor Di Malaysia

Satu lagi kes jangkitan cacar monyet atau mpox clade II direkodkan di Malaysia pada 25 November lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia menjadikan jumlah kes mpox yang dicatatkan di Malaysia pada 2024 meningkat kepada dua kes dan secara kumulatif sebanyak 11 kes sejak 26 Julai 2023.

“Kes baharu ini melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari dan terlibat dalam aktiviti berisiko.

Kes terbaru cacar monyet direkodkan di Malaysia

“Kes mula menunjukkan gejala ruam pada tangan, badan dan kaki sejak 15 November dan beliau telah mendapatkan rawatan pada 23 November,” menurut KKM.

Lelaki tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani isolasi serta telah menerima rawatan simptomatik.

“Semua kontak rapat sedang dikenal pasti dan dipantau untuk tanda dan gejala mpox selama 21 hari dari tarikh terakhir pendedahan,” menurut KKM lagi.

https://x.com/KKMPutrajaya/status/1861678041958908098

Menurut KKM, mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus.

Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila terdedah kepada cecair respitori semasa hubungan intim.

BACA: Hujan Berterusan, Empat Lagi Jajahan Di Kelantan Diramal Alami Banjir

Sumber: KKM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.