Siakap Keli
13 murid keracunan makanan
Sumber: Sinar Harian

13 Murid Alami Sakit Perut Dipercayai Keracunan Makanan

13 Murid Alami Sakit Perut Dipercayai Keracunan Makanan

Seramai 13 murid di sebuah sekolah agama di Muar, Johor dilaporkan mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, memaklumkan bahawa insiden ini berlaku selepas murid-murid tersebut menikmati hidangan yang disediakan oleh kantin sekolah berkenaan.

“Mereka yang mengalami keracunan makanan itu dari darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.

“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pegawai kesihatan daerah telah menjalankan pemeriksaan di kantin sekolah tersebut pada pagi Khamis.

Sampel makanan yang diambil kini dihantar ke makmal untuk dianalisis, dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu.

“Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu.

“Selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan, pegawai kesihatan daerah akan membuat siasatan dan sekiranya berpuas hati membenarkan kantin terbabit beroperasi lebih awal,” katanya lagi.

BACA: SPRM Telah Melengkapkan Kertas Siasatan Kes FashionValet – Azam Baki

BACA: KTMB Batal Perkhidmatan Tren Khas MySawasdee 1004/1005 KL Sentral – Hat Yai – KL

BACA: Kesiapsiagaan Hadapi Banjir Di Tahap Tertinggi – Ahmad Zahid

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.