Siakap Keli
FRIM
Kredit: Friends of IMPAK

Wujud Sejak 1918, Ini Fakta Tentang Xylarium Perpustakaan Kayu Tertua & Terbesar Di Malaysia

Wujud Sejak 1918, Ini Fakta Tentang Xylarium Perpustakaan Kayu Tertua & Terbesar Di Malaysia

Sejak ribuan tahun lalu, manusia telah menggunakan pokok dan kayu kayan untuk pelbagai kegunaan seperti pembinaan rumah, menghasilkan barang perhiasan dan sebagainya.

Seiring dengan peredaran zaman, kayu digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan daripada perabot kepada alat muzik, mainan dan banyak lagi.

Walaupun harga kayu tidak mahal, namun sesetengah daripadanya mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana kesukaran mendapatkannya dan ancaman kepupusan.

Oleh itu, terdapat institusi yang menjaga spesimen-spesimen kayu berharga yang telah ditentusahkan (authenticated), dilabel dan disusun di atas rak seperti bahan bacaan.

Spesimen ini diletakkan di dalam perpustakaan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Kali ini, kami hendak berkongsi dengan anda semua mengenai sejarah dan kejayaan salah satu institusi penyelidikan di Malaysia.

Perpustakaan kayu tertua dan terbesar di Malaysia

Menurut hantaran Friends of IMPAK di Facebook, perkongsian tentang perpustakaan kayu yang ada di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) telah menarik perhatian ramai.

Difahamkan, Xylarium merupakan pusat koleksi spesimen kayu yang telah ditentusahkan (authenticated), dilabel dan disusun di atas rak seperti buku-buku dan bahan bacaan di dalam perpustakaan.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa xylarium yang tertua dan terbesar (dengan koleksi kayu terbanyak) di Malaysia berada di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong?

Friends of IMPAK berkata, xylarium Kepong (KEPw) di FRIM yang ditubuhkan pada 1918 mempunyai jumlah 10,036 sampel kayu.

Selain itu, FRIM juga telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi xylarium tertua dan terbesar pada 2012.

Sampel-sampel tertua di KEPw difahamkan berusia antara 115 sehingga 120 tahun.

“Sejak penubuhannya, KEPw memainkan peranan penting dalam pengecaman kayu dan klasifikasi kayu komersil.

“Pada 1925, pengambilan kayu didokumentasikan secara sistematik dan diklasifikasikan secara berasingan mengikut negeri-negeri asal dalam negara manakala kayu-kayu luar negara diperolehi secara pertukaran,” ujar hantaran itu.

Menurut Friends of IMPAK, spesimen-spesimen kayu di KEPw ini amat berguna sebagai bahan rujukan bagi perkhidmatan pengecaman kayu yang disediakan oleh FRIM.

Spesimen ini turut dijadikan bahan rujukan untuk para pelanggan dalam dan luar negara yang terdiri daripada pihak industri, pihak berkuasa serta individu perseorangan.

BACA: “Makan Orang Pun Boleh Ni”, Ular Sawa Besar & Panjang Jatuh Dari Siling Rumah

https://www.facebook.com/foimpak/posts/pfbid028kyUrFYwMw6CXLA1WaGmxj8paXdDm87dT9jGKyZYwRcLCuhi61R9owRNXx6sTidpl

Sumber: Friends of IMPAK via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.