Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Taiping Bandar Warisan Perak via Facebook
Tiada Kategori

“Makan Orang Pun Boleh Ni”, Ular Sawa Besar & Panjang Jatuh Dari Siling Rumah

Athirah

“Makan Orang Pun Boleh Ni”, Ular Sawa Besar & Panjang Jatuh Dari Siling Rumah

Fenomena ular masuk ke dalam rumah adalah perkara biasa dan pernah dilaporkan sebelum ini.

Lebih-lebih ketika musim hujan, kes kehadiran reptilia berkenaan di kawasan-kawasan penempatan manusia juga semakin kerap berlaku.

Ketika masuk ke rumah-rumah yang ada penghuni, haiwan itu cenderung bersembunyi di kawasan gelap dan terasing seperti di bawah katil, celah-celah dapur dan di atas siling rumah.

Situasi boleh jadi cukup berbahaya sekiranya tetamu tidak diundang itu tergolong dalam spesis berbisa dan berbahaya.

Sebarang pertembungan secara tidak sengaja mungkin boleh mengundang mala petaka yang kita semua tidak sanggup untuk bayangkan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, patukan ular berbisa seperti ular tedung selar atau senduk serta ular kapak sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa mangsanya dalam masa yang singkat.

Itu cerita ular berbisa, cerita ular yang tidak mempunyai bisa seperti ular sawa juga tidak kurang bahayanya juga. Belitan ular sawa boleh membawa maut dan kita pun pernah mendengar kisah-kisah kengerian spesis tersebut sebelum ini.

Ular sawa panjang dan bersaiz besar ditemukan dalam sebuah rumah

Apa yang menakutkan, kehadiran ular berbisa mahupun tidak ini tidak boleh dijangka, yang pastinya membuatkan kita meremang bulu roma.

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seekor ular sawa bersaiz besar dan panjang yang jatuh dari siling sebuah rumah di Kampung Ayer Putih Kamunting, Perak.

Menerusi video di Facebook Mohamad Fauzi, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertungkus lumus menangkap haiwan terbabit.

Video berdurasi 8 saat turut memaparkan ular berkenaan seakan-akan ‘memanjat’ dinding, manakala ekornya yang tergantung pada siling turut terjatuh pada sofa bersama bunyi hempasan yang kuat.

Pastinya ia merupakan detik cemas bagi anggota APM yang terlibat. Bagaimanapun, haiwan menakutkan itu akhirnya berjaya ditangkap oleh mereka.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, ular terbabit akan dipindahkan ke sebuah zoo selepas penangkapan itu.

Video berkenaan mendapat 335k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen tentang saiz luar biasa ular tersebut.

Dalam masa sama, ada juga yang membandingkan saiz ular sawa itu dengan anaconda.

“Ini makan orang pun boleh,” komen seorang wargamaya.

“Haiwan ni makan apa kat atas siling. Tengah memikir sekejap,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Pesawat Kargo Terhempas Ketika Mahu Mendarat, Terkena Rumah

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Sumber: Mohamad Fauzi, APM Taiping