Pesawat Kargo Terhempas Ketika Mahu Mendarat, Terkena Rumah
Sebuah pesawat kargo milik DHL dilapor terhempas berdekatan Lapangan Terbang Vinius, Lithuania pada pagi Isnin.
Menurut AFP, tragedi melibatkan pesawat dalam perjalanan dari Jerman itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
“Pesawat itu dijadualkan untuk mendarat di Vinius tetapi terhempas beberapa kilometer dari lapangan terbang itu,” kata Ketua Unit Bomba dan Penyelamat, Renatas Pozela.
Tambah Pozela, mangsa yang maut merupakan salah seorang daripada empat kru pesawat tersebut.
https://x.com/ABC/status/1860955330278003139
Kemalangan itu turut mengenai sebuah bangunan kediaman hingga menyebabkan kebakaran, namun tidak jelas bagaimana situasi tersebut boleh berlaku.
Ketua Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Lithuania, Vilmantas Vitkauskas berkata, semua penghuni bangunan kediaman berkenaan berjaya dipindahkan dengan selamat.
Sementara itu, pegawai daripada DHL, Ausra Rutkauskien mengesahkan kemalangan melibatkan pesawat milik syarikat itu.
https://x.com/breakinglv/status/1860949861320851681
Sumber: AFP, Anadolu Agency