Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pengantin edar makanan banjir
Kredit: Bernama

Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

Azizah Najib

Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

JITRA, 30 November (Bernama) — Pasangan pengantin yang sepatutnya mengadakan kenduri perkahwinan mereka hari ini, memutuskan untuk mengagihkan makanan yang telah ditempah kepada orang ramai selepas inap desa yang disewa untuk majlis itu di Titi Besi, Kepala Batas, di sini ditenggelami banjir.

Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, dan Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, juga terpaksa memindahkan lokasi kenduri ke rumah datuk pengantin perempuan di Kampung Hutan Kandis, Alor Setar dan diadakan secara kecil-kecilan.

BACA: Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

Nur Izzatul Asma berkata kenduri perkahwinannya dirancang untuk 1,200 tetamu yang disediakan pihak katering tetapi semua makanan itu terpaksa dibungkus dan diedarkan kepada kenalan, saudara mara, pusat tahfiz dan orang ramai.

“Memang sedih apabila majlis penikahan pada semalam diikuti majlis kenduri pada hari ini berlangsung dalam suasana banjir namun saya reda dan tetap menganggapnya sebagai hari bersejarah dalam hidup kami.

“Saya berterima kasih kepada tetamu terutama kenalan serta ahli keluarga yang hadir ke majlis kenduri akad nikah semalam walaupun terpaksa menaiki bot milik penduduk dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya ditemui ketika mengedarkan makanan dan cederamata kepada orang ramai di Pekan Kepala Batas di sini hari ini.

BACA: Bayaran SARA Disalur Bermula 9 Disember – BSN

Nur Izzatul Asma yang bekerja sebagai kerani berkata majlis perkahwinannya dirancang sejak Mei lepas dan kad jemputan juga telah diedar selain menempah baju pengantin serta keperluan lain yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM20,000.

“Kami tetap raikan perkahwinan ini dengan mengambil gambar kenangan, memakai baju pengantin dan menaiki bot serta kenderaan pacuan roda berlatarbelakangkan kawasan banjir,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khairie berkata dia sedikit terkilan kerana hanya tiga ahli keluarganya dari Simpang Kuala, Alor Setar yang dapat hadir ke majlis akad nikah semalam kerana banyak jalan terputus akibat banjir.

“Selalunya saya tengok perkahwinan dalam banjir seperti ini di televisyen dan laman sosial saja, tak sangka kali ini saya dan isteri pula lalui, kami reda saja sebab nak buat apa lagi,” katanya yang bekerja sebagai jurujual.

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

Sumber: Bernama