Siakap Keli
Anggota Tentera Meninggal Dunia
Gambar: Bernama

Anggota Tentera Meninggal Dunia, Seorang Lagi Masih Hilang

Anggota Tentera Meninggal Dunia, Seorang Lagi Masih Hilang

GERIK — Seorang anggota tentera dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang, dikhuatiri lemas sewaktu cuba menyeberangi Sungai Merah di kawasan hutan Royal Belum.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.56 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati, kejadian didapati berlaku pada 29 November lalu sekitar jam 6 petang.

Menurut Zulkifli, sewaktu kejadian kedua-dua mangsa bersama tujuh lagi anggota lain cuba menyeberangi sungai berkenaan semasa menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot.

Bagaimanapun, dua anggota terbabit gagal menyeberangi sebelum dihanyutkan arus deras.

“Penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

“Seorang mangsa telah ditemui meninggal dunia akibat lemas, manakala seorang lagi masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

https://www.facebook.com/hal.e.awam/posts/pfbid03HHbDo3Wt7phrM8Ro5XZL3SgQo2TUN3RK2rceMZPjkdhEgKKieT6k65LqbMFMzxbl

Sumber: Polis Daerah Gerik

BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar

BACA: Banjir: Korban Meningkat Kepada Enam, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara Berkurang

BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.