Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia

Iqbal Yasir
Luruan Monsun METMalaysia
Gambar: Bernama

Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini di timur Semenanjung.

MetMalaysia dalam satu hantaran di platform X memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan.

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang Selasa (3 Dis) hingga awal pagi Rabu (4 Dis).

“Keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.

Sumber: BERNAMA