Presiden Korea Selatan Isytihar Undang-Undang Tentera
SEOUL, 3 Disember (Bernama-Yonhap) — Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam “aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan,” lapor agensi berita Yonhap.
“Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan,” kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.
BACA: Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae Meninggal Dunia
BACA: Khabib Gym Bakal Dibuka Di Johor – Onn Hafiz
BACA: Kontinjen Robotik Negara Juara Keseluruhan World Robot Olympiad Di Turkiye
Sumber: Bernama