Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Mahkamah Vietnam
Kredit: Bernama

Mahkamah Vietnam Kekal Hukuman Mati Terhadap Taikun Hartanah Berhubung Penipuan $12 Bilion

Athirah

Mahkamah Vietnam Kekal Hukuman Mati Terhadap Taikun Hartanah Berhubung Penipuan $12 Bilion

ANKARA, (Bernama-AA) — Mahkamah Vietnam pada Selasa menolak rayuan taikun hartanah Truong My Lan dan mengekalkan hukuman mati ke atasnya berhubung penipuan bank bernilai lebih US$12 bilion, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Mahkamah rayuan di Ho Chi Minh City mengesahkan hukuman mati, menyatakan tiada alasan yang sah untuk mengurangkan hukumannya, lapor akhbar dalam talian VnExpress yang dipetik AA.

“Jenayah Lan telah menyebabkan akibat yang sangat serius dan tiada keadaan yang boleh meringankan hukumannya atas kesalahan penyelewengan dan rasuah,” kata panel hakim dalam keputusannya.

Namun, undang-undang membenarkan hukuman mati dikurangkan kepada seumur hidup jika pihak yang bersalah membayar pampasan tiga perempat daripada kerugian yang mereka sebabkan, kata panel hakim itu.

Lan yang merupakan taikun hartanah terkemuka di Vietnam, dijatuhi hukuman mati pada Oktober kerana peranannya dalam penipuan kewangan terbesar di negara itu.

Lan dan rakan sejenayahnya yang lain didapati bersalah menggelapkan dana milik Saigon Commercial Bank dan menyebabkan kerugian berbilion dolar lebih sedekad.

BACA: Kerosakan Yang Ramai Terlepas Pandang, Ini 5 Tanda “Head Gasket” Kereta Bermasalah

Sumber: Bernama