Siakap Keli
Remaja Lemas mandi sungai
Gambar: Bernama

Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan Di Sungai Neram

Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan Di Sungai Neram

CHUKAI, 3 Dis (Bernama) — Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Mohd Yusuf Adnan, 16, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di sini, hari ini.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Zailani Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa dipercayai sedang mandi di sungai berkenaan bersama 10 rakannya.

“Difahamkan, beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya namun gagal dan mangsa terus hilang daripada pandangan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zailani berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.35 petang, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Chukai digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan pasukan penyelamat lain termasuk pihak polis.

Beliau berkata sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan dan akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

BACA: Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

BACA: Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.