Siakap Keli
cara mohon pas my50

Cara Mohon Pas My50 MyRapid, Bayar RM50 Guna 30 Hari

Cara Mohon Pas My50 MyRapid, Bayar RM50 Untuk Guna 30 Hari

Pas Bulanan My50 merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia bagi tujuan memberikan akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had.

Dengan hanya membayar RM50 untuk pengunaan selama 30 hari beturut-turut, warga negara Malaysia dapat menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana iaitu LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang serta bas perantara Jom Naik MRT.

Pas ini terbuka ekslusif untuk semua warga negara Malaysia yang mempunyai Mykad atau MyTentera yang sah.

Cara mohon pas My50 MyRapid, bayar RM50 untuk 30 hari

Pas perjalanan ini berbeza bergantung kepada lokasi seperti berikut :-

Bagi Lembah Klang, pas perjalanan ini boleh didapati di semua stesen LRT, Monorel, BRT, MRT dan hab-hab bas rapid KL yang terpilih seperti di bawah :

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  •  KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Piramid
  •  Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Bagi kawasan Pulau Pinang, pas ini boleh didapati di kiosk Rapid Penang seperti berikut :-

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Central
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid (Penang (Lorong Kulit), Kompleks Dato Kailan (Kepala Batas), Balik Pulau, Bukit Mertajam)

Manakala untuk perkhidmatan Rapid Kuantan, pas perjalanan ini tidak tersedia.

Selain itu, pas perjalanan My50 ini menggantikan pas perjalanan tanpa had My30, yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA sebagai salah satu cara meringankan bebanan kos rakyat.

Pas ini membuktikan bahawa kerajaann mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

BACA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Di Ranking Pertama Prestasi Global Bagi Kualiti Perkhidmatan

Kumpulan yang memperjuangkan kemudahan akses dan kesejahteraan pengangkutan awam iaitu Transit Malaysia melihat Pas perjalanan My50 sebagai salah satu bentuk bantuan yang menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam berbanding kenderaan sendiri.

Langkah ini juga dapat menggalakkan orang ramai bertukar daripada kenderaan bermotor kepada menaiki kenderaan awam sekaligus dapat mengurangkan kesesakan jalanraya terutama di waktu puncak serta ia juga boleh disifatkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangakn pengunaan karbon.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Rapid.

BACA: Khairul Aming Catat Rekod, Dapat 100 Juta “Like” Ketika “Live”

Sumber: Rapid

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: