Siakap Keli
penyakit miesteri congo
Gambar: AFP

Penyakit Misteri Menular Di Congo, Lebih 60 Kematian Setakat Ini

Penyakit Misteri Menular Di Congo, Lebih 60 Kematian Setakat Ini

Republik Demokratik (DR) Congo kini berjaga-jaga tahap tertinggi susulan penularan penyakit misteri yang telah pun meragut berdozen-dozen nyawa dalam tempoh sebulan yang lepas.

Pihak berkuasa kesihatan negara tersebut menyifatkan pesakit yang menyebabkan simptom seperti selsema, batuk, demam dan sakit kepala itu sebagai ‘kecemasan awam yang tidak diketahui’.

Menurut AFP, penyakit berkenaan pertama kali dikesan pada Oktober lepas dan setakat ini hanya terhad di kawasan wilayah Panzi, kira-kira 700 kilometer tenggara ibu negara, Kinshasa.

“Kami berada tahap berjaga-jaga tertinggi dan mempertimbangkan situasi ini sebagai satu tahap pendemik yang perlu dipantau.

“Di fasiliti-fasiliti kesihatan, kami merekodkan jumlah kematian sebanyak 27 kes,” kata Menteri Kesihatan, Samuel Roger Kamba.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 orang pesakit yang meninggal dunia berdepan dengan masalah pernafasan.

Penyakit misteri menular di Congo, lebih 6o kematian dicatatkan setakat ini

Manakala 10 lagi kes kematian berpunca daripada kekurangan transfusi disebabkan keadaan anemia yang teruk.

Tambah Kamba, sebanyak 44 kematian lagi dilaporkan berlaku dalam kalangan komuniti, namun tidak menolak ‘sebab-sebab lain’ mungkin menjadi punca kematian tersebut.

Berdasarkan data awal yang diperolehi, penyakit misteri itu didapati memberi kesan terutamanya kepada golongan muda dengan kira-kira 40 peratus kes melibatkan kanak-kanak dibawah usia lima tahun.

Menurut AFP, epidemiologis kini sudah pun dihantar ke Panzi untuk mendapatkan sampel daripada pesakit.

Setakat ini, pakar kesihatan menolak kemungkinan bahawa koronavirus sebagai punca kepada penyakit berkenaan. Namun mereka menyimpulkan bahawa penyakit tersebut memberi kesan kepada sistem pernafasan.

“Setakat ini, kami tidak pasti sama ada kami berdepan dengan penyakit virus atau penyakit bakteria.

“Kami juga tiada maklumat berkenaan cara penyakit ini disebarkan,” kata Pengarah Institut Kesihatan Awam, Dieudonne Mwamba.

Difahamkan, akses kepada infrastruktur seperti jalan dan fasiliti kesihatan di wilayah yang terjejas dengan penyakit misteri ini adalah terhad.

Selain itu, penduduk tempatan juga berdepan dengan kekangan untuk mendapatkan sumber air bersih dan ubat-ubatan.

Kira-kira 60 peratus populasi di Panzi turut berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Wilayah berkenaan turut pernah terjejas dengan deman tifod yang berlaku dua tahun yang lalu.

Manakala dalam tempoh beberapa bulan yang lepas, DR Congo yang merupakan salah sebuah negara termiskin di dunia, menjadi pusat kepada penularan wabak cacar monyet yang sudah pun meragut lebih 1,000 nyawa.

BACA: Muhammad Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.