Siakap Keli
imaginur festival filem malaysia
Kredit: RTM/Bernama

Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33

Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33

Filem Imaginur menerima anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 malam ini sekaligus membawa pulang trofi dan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.

Untuk pengetahuan, filem Imaginur turut menerima enam lagi anugerah menerusi FFM kali ini iaitu Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sementara itu, Nik Amir Mustapha selaku pengarah Imaginur juga mendapat Anugerah Pengarah Terbaik.

BACA: 40 Wartawan Dan Jurugambar Raih Anugerah Media Pembinaan 2024

Filem Imaginur sekali lagi bergema di ruang pentas apabila pelakon utama, Beto Kusyairy dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Selain Imaginur, malam anugerah berprestij tersebut juga menyaksikan Jin Ong menjulang trofi Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik bagi filem arahannya, Abang Adik.

Manakala, Jack Tan turut menerima penghormatan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem yang sama.

Filem Abang Adik turut menerima dua lagi anugerah iaitu Rekaan Kostum atau Busana Terbaik dan Tatarias atau Solekan Terbaik.

Susan Lankester yang melakonkan watak Aileen Choo dalam filem Rain Town menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik tahun ini.

Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula disandang oleh Elizabeth Tan yang memainkan watak ASP Jennifer Wong di dalam filem Sheriff.

BACA: Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

Bagi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Qisya Hairulzain diumum sebagai pemenang menerusi filem Magik. Manakala Pelakon Lelaki Harapan dimenangi oleh Aniq Durar yang membawa watak Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan. Sementara itu, Trisha Ooi berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi lakonannya dalam filem Janna Endoro.

Tidak ketinggalan, Jackey Yow turut ke pentas bagi menerima anugerah Skor Muzik Asal terbaik menerusi filem Malbatt: Misi Bakara.

Dalam pada itu, filem Sheriff turut menerima beberapa anugerah pada malam ini iaitu Anugerah Khas Box Office, Kesan Khas Visual Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

BACA: KJ Menang Anugerah Penyampai Radio Popular

Sumber: RTM

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.