Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
penyakit bawaan air
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Lebih 10,000 Penyakit Bawaan Air Dikesan Di Enam Negeri Terjejas Banjir – Dzulkefly

Athirah

Lebih 10,000 Penyakit Bawaan Air Dikesan Di Enam Negeri Terjejas Banjir – Dzulkefly

TUMPAT, 7 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 6,730 kes dikesan menghidap jangkitan pernafasan akut, jangkitan kulit (3,021), gastroenteritis akut (298), konjunktivitis (190), cacar air (chickenpox) (20) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (13).

Beliau berkata kesemua kes penyakit di PPS adalah sporadik dan stabil.

“Orang ramai perlu peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri bagi mencegah penularan penyakit berjangkit, kemalangan dan kecederaan.

“Selain itu, mereka juga diminta mendapatkan rawatan segera daripada pasukan perubatan di PPS atau fasiliti perubatan kesihatan yang berhampiran dan jangan biar ia berlarutan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke PPS Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, di sini hari ini.

Sementara itu, Dzulkefly berkata sebanyak 121 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir, iaitu 77 di Kelantan, Terengganu (30), Kedah (sembilan), masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Pahang serta satu di Perak.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 56 ialah klinik desa, klinik kesihatan (34), klinik pergigian (19), pejabat kesihatan daerah (lima), hospital (enam) dan satu di pintu masuk antarabangsa.

“Sebanyak 87 fasiliti kesihatan beroperasi dan 31 fasiliti kesihatan berpindah perkhidmatan kesihatan ke fasiliti alternatif.

“Hanya terdapat tiga fasiliti tidak beroperasi kerana masih dalam proses pembersihan. Orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan terus memantau perkembangan kejadian banjir di negeri-negeri yang terlibat.

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya serta perkhidmatan kesihatan dilaksanakan sebaiknya secara berterusan,” katanya.

Sumber: BERNAMA