Siakap Keli
taeyang lagu shiela majid
Kredit: Go KPop

Taeyang “Cover” Lagu Sheila Majid Di Konsert Solo

Taeyang “Cover” Lagu Sheila Majid Di Konsert Solo

Penyanyi kumpulan BigBang, Taeyang menyanyikan lagu ‘Antara Anyer dan Jakarta’ yang dipopularkan oleh Sheila Majid di jelajah Taeyang The Light Year, petang tadi.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di laman X Go K-Pop, Taeyang mendendangkan lagu tersebut dengan penukaran lirik kepada ‘Antara Seoul dan Malaysia’. Sut berwarna putih yang dikenakan menyerlahkan lagi sosok penyanyi bersuara merdu itu.

Ketika lirik “antara Seoul dan Malaysia” dinyanyikan, konsert bergema dengan sorakan para peminat yang turut teruja mendengar.

BACA: Jelajah “Welcome Back”, 2NE1 Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Konsert yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur hari ini merupakan salah satu daripada lokasi jelajah Taeyang selepas tujuh tahun menyepi dari dunia seni.

Menjengah ke laman X milik Taeyang, jelajah solo ini telah diadakan di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Australia dan seterusnya Kuala Lumpur. Jelajah ini akan diteruskan ke Taipei pada minggu hadapan. Taeyang akan meneruskan jelajah ke Bangkok, Indonesia dan Macau yang dijadualkan pada tahun hadapan.

Selain menyanyi, Taeyang, atau nama sebenarnya Don Yong Bae turut menjadi penulis lagu dan penari ketika di bawah syarikat YG Entertainment. Dia mula dikenali apabila membuat penampilan sulungnya bersama kumpulan Big Bang pada 2006. Ketika itu, Taeyang baru berusia 18 tahun.

BACA: Green Day Umum Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Memulakan perjalanan solonya, Teayang tampil dengan “extended play” (EP) berjudul “Hot” pada 2008. Pada 2018, Taeyang memulakan latihan ketenteraannya selama 21 bulan di Kem Cheorwon, Gangwon.

Sebelum bertugas sebagai tentera, penyanyi ini sempat mendirikan rumahtangganya bersama pelakon, Min Hyo Rin tanggal 3 Februari 2018. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan. Pelakon drama Trolley, Ki Tae Young mendapat penghormatan dengan jemputan sebagai pengacara majlis tersebut.

Bermula pada 26 Disember 2022, Taeyang menamatkan kontraknya bersama YG Entertainment dan kini bersama syarikat The Black Label. Sepanjang perjalanannya dalam dunia seni, Taeyang telah memenangi sebanyak 22 anugerah. Antara kesemua lagu, “Eyes, Nose, Lips” merupakan lagu yang memenangi paling banyak anugerah. Terkini, lagu berjudul VIBE, iaitu nyanyian bersama Jimin menjadi juara bagi anugerah M Countdown pada 2023.

BACA: Linkin Park Perkenal Vokalis Baharu

https://x.com/goKPOP/status/1865337152298745987

Sumber: Go KPop, Kpopping

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.