Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
istana pahang nafi
Kredit: Bernama

Istana Pahang Nafi Tengku Mahkota Pahang Akan Kahwin April Tahun Depan

Azizah Najib

Istana Pahang Nafi Tengku Mahkota Pahang Akan Kahwin April Tahun Depan

Istana Pahang dalam satu kenyataan hari ini menafikan mengenai dakwaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berkahwin dengan seorang wanita pada April tahun depan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya berkata dakwaan tersebut dimuat naik sendiri oleh wanita itu di media sosial Instagram.

Wanita berkenaan telah ‘menerangkan’ mengenai majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang menerusi hantaran tersebut.

BACA: Tengku Muhammad, Tengku Natasya Selamat Diijabkabulkan

“Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my,” jelasnya.

Selain itu orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau menganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” ujarnya lagi.

BACA: Perkahwinan Diraja: Tengku Puteri Afzan Selamat Diijabkabulkan Dengan FD Idzham

Terdahulu, Istana Pahang menyaksikan acara gilang-gemilang istiadat perkahwinan diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama pilihan hati, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan itu disaksikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pasangan pengantin diraja kelihatan berseri dengan busana serba putih, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober.

Sebelum itu, anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah juga turut melangsungkan perkahwinan bersama pasangan, FD Izham FD Iskandar pada 22 Ogos lalu.

Sumber: Kesultanan Pahang

BACA JUGA: Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan