Siakap Keli
maut dalam kemalangan
Gambar: JBPM Perak

Seorang Maut Dalam Kemalangan Dua Buah Kenderaan 

Seorang Maut Dalam Kemalangan Dua Buah Kenderaan 

MANJUNG — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung, lewat malam tadi, lapor Astro AWANI.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, nahas tersebut berlaku sekitar jam 11.53 malam.

Ujarnya, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat. Mangsa yang cedera dari Mitsubishi Triton telah dikeluarkan oleh orang awam,”

“Manakala seorang lagi yang memandu kereta Perodua Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba,” kata Sabarodzi.

Mengulas lebih lanjut, Sabarodzi berkata, peralatan hidraulik terpaksa digunakan oleh pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa yang maut dan tersepit.

Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi itu sebelum tamat pada jam 1.08 pagi tadi.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Fasih Nyanyi Lagu Melayu, Dua Penyanyi Korea Ini Tuai Pujian

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.