Siakap Keli
Penyanyi Korea nyanyi lagu Melayu
Kredit: Instagram @doojinsoo

Fasih Nyanyi Lagu Melayu, Dua Penyanyi Korea Ini Tuai Pujian

Fasih Nyanyi Lagu Melayu, Dua Penyanyi Korea Ini Tuai Pujian

Kita semua tahu, lagu-lagu Melayu lama memang ada keunikan tersendiri. Liriknya mendalam, melodinya menyentuh jiwa.

Tapi, tak dinafikan, membawakan lagu-lagu lama ini bukanlah perkara mudah.

Malah, untuk orang tempatan sekalipun, ia boleh jadi satu cabaran besar.

Namun, siapa sangka, dua penyanyi dari Korea ini berjaya menawan hati ramai apabila mereka menyanyikan lagu Melayu lama dengan begitu indah.

Tampil menyanyikan lagu “Segalanya Ku Terima” yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Illusi, hasil nyanyian mereka memang padu.

“Sebutannya jelas, suara mantap”

Bukan mudah nak menyampaikan lagu Melayu dengan baik, tetapi dua penyanyi ini berjaya menzahirkan setiap bait lirik dengan sebutan yang sangat jelas.

Ditambah pula dengan suara mereka yang mantap, membuatkan ramai kagum.

Menariknya, ada beberapa bahagian lirik yang ditukar kepada bahasa Korea, mungkin untuk memastikan penonton lain turut sama-sama menghayati lagu itu.

Video persembahan mereka kini telah mengumpul lebih 900 ribu tontonan, dan ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif, terutama dari rakyat Malaysia.

“Orang Korea pun belajar bahasa Melayu,”

“Sangat bagus, jelas sebutan kata-katanya,”

“Suara hampir sebiji macam penyanyi asal,”

“Tak pernah suka lagu jiwang, tapi padu pula dia nyanyi,”

Tidak hanya itu, ramai netizen Malaysia yang berterima kasih kerana secara tidak langsung mereka telah mempromosikan lagu Melayu kepada khalayak yang lebih luas.

BACA: Taeyang “Cover” Lagu Sheila Majid Di Konsert Solo

BACA: Kongsi Berita Pilu, Najwa Latif Mohon Ruang & Doa

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

Sumber: Instagram @doojinsoo

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.