Siakap Keli
Berita Najwa Latif
Gambar: Najwa Latif via Instagram

Kongsi Berita Pilu, Najwa Latif Mohon Ruang & Doa

Kongsi Berita Pilu, Najwa Latif Mohon Ruang & Doa

Penyanyi terkenal, Najwa Latif, berkongsi berita pilu apabila mengalami keguguran cahaya mata sulung.

Melalui hantaran di Instagram, Najwa memohon maaf kerana tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa buat masa ini dan mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat yang diterimanya.

“Salam semua. Saya hanya nak kongsi perkembangan. Saya minta maaf sangat sebab tak boleh bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya alami keguguran.

“Sejujurnya saya tak rancang untuk berkongsi perkara ini sebab ia sangat peribadi untuk saya dan suami. Tapi saya sangat hargai semua kata-kata baik daripada anda semua,” katanya.

Najwa turut memohon ruang buat dirinya dan suami, penyanyi Akwa Arifin berduka dalam keadaan diam serta meminta doa daripada orang ramai.

“Terima kasih kepada anda yang memikirkan saya waktu dalam keadaan sukar ini. Kalau boleh, tolong izinkan kami bersedih dalam diam.

“Teruskan berdoa untuk kami. Semoga kata-kata baik dan doa kembali kepada anda. Terima kasih,” ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Najwa meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengandung selama lima minggu.

“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila tiba masanya, bebibu,” katanya.

Untuk info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022.

BACA: Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33

BACA: Taeyang “Cover” Lagu Sheila Majid Di Konsert Solo

BACA: Astro WARNA Tamat Siaran Tengah Malam Ini

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.