Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Lelaki Kongsi Berita Buruk Buat 'Wisatawan' Indonesia
Tidak dapat dinafikan bahawa nilai Ringgit Malaysia semakin mengukuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Perkembangan ini sudah tentu menggembirakan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang merancang untuk melancong ke luar negara.
Lebih membanggakan, Ringgit muncul sebagai mata wang paling berprestasi di Asia sepanjang tahun 2025.
Nilai Ringgit juga semakin meningkat berbanding mata wang negara lain, termasuk Rupiah Indonesia.
Pengukuhan Ringgit ini sekali gus menarik perhatian rakyat Indonesia, sama ada yang berada di Malaysia mahupun di negara asal mereka.

Itulah yang dikongsikan oleh warga Indonesia @felixxnata mengenai pengukuhan nilai wang Ringgit berbanding Rupiah menerusi satu video yang dimuat naik di platform Instagram.
"Ringgit Malaysia menggila guys. Sekarang dah mencapai Rp4.250 per ringgit ya (RM1).
"Ini saya bagi korang tengok grafiknya. Di sini dah menggila Ringgit. Ini dalam 1 minggu terakhir. Dalam 1 hari melonjak drastik.
"Kalau 1 bulan tu korang tengok ni naik terus Ringgit Malaysia," katanya.
Tambah lelaki itu, dia menyifatkan prestasi Ringgit Malaysia paling gila di rantau Asia Tenggara.
Perkara ini sudah tentunya memberikan berita buruk buat penduduknya yang ingin berkunjung ke Malaysia kerana tukaran wang lebih mahal.
"Ini kalau korang yang sering ke Malaysia jaga-jaga. Prestasi Ringgit Malaysia paling gila ya di rantau Asia Tenggara. Terlalu kuat.

"Bahkan Ringgit sekarang mengukuh terhadap US dollar. Malaysia sekarang semakin maju dan kalau kita bandingkan dengan rupiah dah macam tiada apa-apa.
"Dari segala segi, pelaburan bahkan termasuk kesihatan. Indonesia kan sering berubat ke Malaysia," katanya lagi.
Dalam pada itu, dia juga memuji sistem pemerintahan Malaysia yang mampu mentadbir dengan baik khususnya dalam pelbagai projek.
"Jadi tak hairan saya meramal Malaysia mungkin the next Singapore. Jadi kalau korang yang sering ke Malaysia, ini berita buruk kerana makin lama (Ringgit) makin mahal di sana." kongsinya lagi.