Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ringgit 'Menggila' Buat Lelaki Indonesia Ini Garu Kepala

Iqbal Yasir
Ringgit 'Menggila' Buat Lelaki Indonesia
Kredit: Bernama

Ringgit 'Menggila' Buat Lelaki Indonesia Ini Garu Kepala

Tidak dinafikan, Ringgit Malaysia semakin mengukuh sejak beberapa bulan ini, dengan semalam kadar tukaran mata wang 1USD mencecah RM4.

Perkhabaran ini sudah tentunya mengembirakan seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Lebih manis, Ringgit merupakan mata wang paling berprestasi sepanjang tahun 2025 di Asia.

Bukan itu sahaja, kadar tukaran mata wang Malaysia juga semakin meningkat berbanding dengan negara lain termasuk Rupiah, Indonesia.

Kenaikan mata wang Ringgit ini sekali gus turut mendapat perhatian rakyat Indonesia sama ada di Malaysia mahupun di sana.

Lelaki Indonesia Impi Jejak Kaki Di Malaysia

Itulah yang dikongsikan oleh warga Indonesia yang berharap dapat mencari sesuap nasi di Malaysia menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok.

Dalam klip berkenaan, dia berkongsi kadar tukaran RM1 mencecah 4,145,041 rupiah pada hari tersebut.

"Wah, gila tukaran ringgit ke rupiah sekarang per hari ini naik signifikan sangat," katanya.

Dia menyifatkan dengan standard gaji di negara itu, pastinya cukup menguntungkan buat sesiapa sahaja pejuang ringgit yang bekerja di Malaysia.

"Jadi kalau kamu kerja di Malaysia dengan gaji standard di sini RM1,700 RM1,800 RM1,900, lumayan itu sudah dapat antara 7 juta rupiah hingga 8 juta rupiah.

"Jadi, kalau bekerja di Malaysia untuk sekarang ini memang menjanjikan. Semoga boleh ke sana (bekerja)," katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya khususnya rakyat Indonesia juga bersetuju dengan pendapatnya.

Apatah lagi, kebanyakan golongan muda Indonesia merantau ke Malaysia demi mencari pekerjaan yang lebih baik.

Perkara ini secara tidak langsung membantu mereka untuk meraih pendapatan yang lumayan dan boleh membawa pulang wang dengan jumlah yang lebih besar ke Indonesia.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa sedih mengenangkan mata wang negara sendiri.

"Mata wang rupiah semakin tiada nilai," komen seorang pengguna.