Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Astro WARNA Tamat Siaran Tengah Malam Ini

Iqbal Yasir
Astro WARNA Tamat Siaran
Gambar: X

Astro WARNA Tamat Siaran Tengah Malam Ini

Saluran Astro WARNA secara rasmi bakal menamatkan penyiarannya dari Astro pada tengah malam ini, 3 Disember 2024.

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang pengguna X (Twitter) @AshraffMokhtar dalam satu hantaran.

“Astro WARNA henti siaran tengah malam ini,” tulisnya.

Menurut pihak Astro pula segala kandungan di Astro Warna akan berpindah ke Astro Prima dan anda masih boleh menikmatinya di Astro Prima.

Imbau nostalgia

Menurutnya, saluran penyiaran itu telah banyak menyumbang dalam industri seni tanah air khususnya dalam mengangkat rancangan komedi negara hingga semakin dikenali ramai.

“Besar jasa saluran ni merevolusi (baik atau tidak, soalan kedua) industri komedi malaysia. Dibuka pada waktu yang tepat, dan ditutup pada waktu yang tepat.

Good run. Tahniah buat seluruh warga kerja Astro Warna; rumah komedi negara.

Untuk makluman, antara rancangan popular yang pernah ditayangkan di saluran itu termasuklah Karoot Komedia, Super Spontan, Betul ke Bohong, Lawak Solo, Komediri, Gelak Gempak, Arena Panggang, Travelawak danSepahtu Reunion.

Sumber: X (Twitter) @AshraffMokhtar