Siakap Keli
wanita maut dibunuh suami
Kredit: detik

Wanita Maut Dibunuh Suami Akibat Cemburu

Wanita Maut Dibunuh Suami Akibat Cemburu

Indonesia – Seorang lelaki ditangkap setelah membunuh isterinya di Kampung Lebak Saat, Bandung Barat, lapor detik.

Ketua Polis Cimahi, AKBP Tri Suhartanto berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu telah ditangkap malam tadi, iaitu selepas lapan jam pembunuhan itu berlaku.

Selepas siasatan, kejadian yang meragut nyawa mangsa berusia 33 tahun itu dikenal pasti bermula apabila suspek cemburu dan menuduh isterinya berlaku curang. Disebabkan itu, suspek nekad untuk membunuh mangsa.

BACA: MB Kedah Bebas Satu Tuduhan Menghasut Berkait Sultan Selangor

“Ia bermula dengan cemburu yang dirasai oleh suspek terhadap mangsa kerana menurut kenyataannya, mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Jadi mereka bertekak dan kemudian suspek bertindak menyerang mangsa.

“Menurut suspek, perkara ini merupakan pengumpulan kejadian-kejadian sebelum ini,” jelas Tri.

Setelah itu, suspek mula mendera mangsa dengan memukulnya menggunakan bongkah kayu di beberapa bahagian badan seperti leher dan kepala. Suspek turut menikam mangsa sebanyak tiga kali menggunakan pisau dapur.

“Suspek mendera mangsa menggunakan pisau dapur. Kemudian, apabila mangsa tidak berdaya, dia memukul kepalanya dengan bongkah kayu. Kita hanya perlu menunggu keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian,” tambahnya lagi.

BACA: Bayi Dipercayai Lemas Dalam Selimut, Tiada Unsur Jenayah Ditemukan

Suspek mengakui timbul rasa kesal dengan tindakannya membunuh mangsa. Menurut suspek, dia menerima berita isterinya itu mempunyai hubungan bersama lelaki lain ketika bekerja sebagai pekerja asing di Arab Saudi. Disebabkan berita tersebut, suspek mengakui emosinya tidak terkawal dan nekad untuk membunuh mangsa.

“Saya telah berkahwin dengannya selama 15 tahun. Saya cemburu kerana dia mempunyai lelaki lain. Jadi saya melihatnya di media sosial, dengan lelaki lain. Beberapa kali, semasa dia berada di Arab Saudi.

“Saya juga tidak tahu sama ada dia sudah pulang ke Indonesia, kerana dia bekerja di Saudi. Apabila saya bertemu dengannya, saya terus bertanyaa sama ada dia menipu saya atau tidak, tetapi dia tidak jawab,” kata suspek.

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia 

Ketika diserang, mangsa sempat mencekik leher suspek yang kemudiannya bertindak mengambil pisau dan menikam leher mangsa.

“Saya sempat rampas (telefon bimbit mangsa) tetapi sukar, malah saya dicekik. Sebab itu saya terus ke dapur, ambil pisau. Kemudian saya tikam tiga kali di lehernya,” tambah suspek.

Suspek bakal didakwa bawah Fasal 44 Perenggan (3) Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 23 Tahun 2004 berkaitan Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga atau Fasal 338 atau Fasal 351 Perenggan (3) KUHP yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: detik

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.