Siakap Keli
Najwa Latif
Kredit: Akwa Arifin via Instagram

Najwa Latif Terima Rawatan Lepas Keguguran, Suami Kongsi Momen Sebagai Kenangan

Najwa Latif Terima Rawatan Lepas Keguguran, Suami Kongsi Momen Sebagai Kenangan

Penyanyi tempatan, Najwa Latif baru-baru ini berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran anak pertamanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Astro Gempak, penyanyi lagu ‘Cinta Muka Buku’ itu tetap bersyukur diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.

Dalam pada itu, suaminya yang merupakan penyanyi rap iaitu Akwa Ariffin turut berkongsi sepotong video memaparkan detik-detik ketika melalui fasa kehilangan anak sulung mereka.

“Masih belum ada rezeki tetapi tetap simpan disini untuk kenangan,” ujar hantaran itu.

Astro Gempak berkata, video yang dimuat naik itu memaparkan momen Najwa ditahan di wad, sekaligus menerima rawatan di hospital.

Dapat dilihat penyanyi berkenaan mengalirkan air mata sewaktu sedang baring di atas katil dan sewaktu berpelukan bersama anak saudaranya.

https://www.instagram.com/reel/DDd_nwfzzPL/?utm_source=ig_web_copy_link

Mohon ruang dan doa selepas keguguran

Sebelum ini SK melaporkan Najwa memohon maaf kerana tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa buat masa ini dan mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat yang diterimanya melalui hantaran di Instagram.

“Salam semua. Saya hanya nak kongsi perkembangan. Saya minta maaf sangat sebab tak boleh bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya alami keguguran.

“Sejujurnya saya tak rancang untuk berkongsi perkara ini sebab ia sangat peribadi untuk saya dan suami. Tapi saya sangat hargai semua kata-kata baik daripada anda semua,” katanya.

Najwa turut memohon ruang buat dirinya dan suami, penyanyi Akwa Arifin berduka dalam keadaan diam serta meminta doa daripada orang ramai.

“Terima kasih kepada anda yang memikirkan saya waktu dalam keadaan sukar ini. Kalau boleh, tolong izinkan kami bersedih dalam diam.

“Teruskan berdoa untuk kami. Semoga kata-kata baik dan doa kembali kepada anda. Terima kasih,” ujarnya.

“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila tiba masanya, bebibu,” katanya.

Untuk makluman, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022.

BACA: Dua Penjenayah Maut Selepas Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Tanjong Malim

Sumber: Astro Gempak

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.