Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa 3 Negeri Hingga Tengah Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga jam 12 tengah malam ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, METMalaysia memaklumkan bahawa negeri yang terlibat adalah Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Johor, tiga daerah diramal hujan iaitu Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.
“Di Sarawak pula kawasan yang terlibat termasuk Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Sabah hanya melibatkan Pedalaman (Sipitang),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan
BACA: Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton