Ramai Tak Tahu “Ini” Punca Banyak Kereta Rosak, Fuse Box Boleh Terbakar
“Si kecil” yang menjengkelkan ni selalu menjadi musuh nombor satu ramai orang, tak kira lelaki atau wanita.
Bila nampak saja, terus rasa geli, jijik dan kalau ia terbang, lagi haru-biru jadinya.
Siapa lagi kalau bukan lipas, haiwan kecil yang bukan saja pandai “buat hal” di rumah, tapi juga boleh buat kereta rosak tanpa korang sedar.
Bayangkan kereta korang tiba-tiba tak boleh start, penghawa dingin mati atau lampu malap.
Kalau korang nak tahu, menurut perkongsian pengguna TikTok @altimatsaujana, lipas kecil mampu masuk ke kotak fius (fuse box), iaitu tempat penting yang mengawal litar elektrik kereta.
Apabila lipas merayap masuk, ia boleh menyebabkan:
- Fius putus – Komponen elektrik jadi tidak berfungsi.
- Litar pintas – Komponen seperti lampu, penghawa dingin atau sistem enjin boleh rosak.
- Kebakaran kecil – Jika litar pintas berlaku, kotak fius boleh terbakar.
Bayangkan betapa besarnya kerosakan hanya kerana seekor lipas kecil yang bersarang dalam kereta.
Lebih parah, walaupun komponen yang rosak diganti, masalah akan tetap berulang selagi lipas masih berkeliaran.
Macam mana lipas boleh masuk dalam kereta?
Lipas bijak mencari tempat yang sesuai untuk membiak, seperti tempat gelap, hangat dan ada makanan. Malangnya, kereta kita sering menjadi sasaran sebab:
- Sisa makanan – Serpihan makanan seperti biskut, gula-gula, atau makanan segera yang tertinggal di bawah tempat duduk adalah “hidangan istimewa” buat lipas.
- Parkir di kawasan kotor – Lipas mudah masuk apabila kereta diparkir berhampiran tong sampah atau kawasan sarat dengan sisa.
Apa langkah mudah elak lipas bersarang dalam kereta?
Berita baiknya, korang boleh elakkan masalah ni dengan langkah pencegahan mudah. Jadikan ini sebagai rutin untuk kereta anda:
1. Bersihkan kereta secara berkala – Pastikan lantai, tempat duduk dan ruang kecil seperti celahan antara tempat duduk sentiasa bebas dari sisa makanan. Gunakan vakum untuk pembersihan yang menyeluruh.
2. Jangan makan dalam kereta – Kalau tak boleh dielakkan, pastikan semua sisa dibuang serta-merta. Jangan biarkan serpihan makanan terkumpul.
3. Gunakan perangkap lipas atau penyembur serangga – Letakkan perangkap lipas khas di bawah tempat duduk atau gunakan semburan serangga yang selamat untuk kegunaan dalam kereta.
4. Parkir di tempat bersih – Elakkan meletakkan kereta di kawasan sampah atau tempat yang kotor kerana ia menjadi “jemputan mesra” untuk lipas masuk.
@altimatsaujana Lipas punca fuse box terbakar! Jaga kebersihan kereta!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelservis #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #bengkelservisaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotifmalaysia #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifnet #bengkelmobil #kereta #car #cars #mobil #repair #service #servis #carrepair #carservice #repairkereta #servicekereta #serviskereta #trending #viral #fyp
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Semoga bermanfaat.
BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan
BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus
BACA: 4 Warna Asap Ekzos Boleh Jadi Petanda Kerosakan Enjin, No. 3 Ramai Anggap Bias
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok