Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Tengah Seronok Makan
Kredit: _cueyah_ via TikTok
Tiada Kategori

Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Aktiviti mendaki (hiking) menjadi antara aktiviti riadah kegilaan ramai sejak dahulu lagi.

Bermula sekadar hobi, aktviti ini terus berkembang sehingga tertubuhnya pelbagai komuniti pendaki di serata tanah air.

Selain untuk beriadah dan mengisi masa lapang, mendaki juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan seseorang.

Dalam pada itu, mendaki juga boleh mengeratkan silaturrahim sesama para pendaki dan meningkatkan rangkaian sosial kepada individu yang mempunyai hobi yang sama.

Malah aktiviti ini turut menjadi medium untuk berinteraksi dengan dunia luar.

Ajak keluarga ‘mat saleh’ makan sekali ketika mendaki

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video apabila seorang individu mengajak keluarga Mat Saleh untuk menjamu selera bersama-sama di atas puncak Bukit Lubuk Batu Marang, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @_cueyah_, seorang lelaki dilihat sedang menikmati makanan yang dibawa dari rumah.

Sewaktu keluarga Mat Saleh sedang mendaki bukit, @_cueyah_ yang duduk di tepi dengan ramah mengajak untuk menjamah makanan sekali. Lalu, keluarga tersebut menuju ke tapak yang mereka duduki.

Menerusi video berasingan, memaparkan keluarga Mat Saleh itu kelihatan malu namun selepas dipelawa sepinggan nasi goreng dan pisang rebus, mereka nampak begitu selera ketika menikmati hidangan tersebut.

Lebih menarik lagi, apabila ditanya dari mana mereka berasal, keluarga ini menjawab soalan @_cueyah_ dalam bahasa Melayu.

Kedua-dua keluarga ini kemudiannya mengambil gambar berlatarkan pemandangan alam semula jadi untuk dijadikan sebagai kenangan.

Video berkenaan mendapat 1.7 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji sikap @_cueyah_ yang berkongsi rezeki bersama orang lain.

Dalam masa sama, ada yang sempat bergurau dengan mengatakan tujuan mendaki adalah untuk menyihatkan badan, bukan menaikkan berat badan.

“Hiking lima minit, makan setengah jam.. rakyat Malaysia,” komen seorang wargamaya.

“Ini hiking ke berkelah? Hahaha tapi seronok betul suasana,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: “Aku Nak Mati Ke Ni…”, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung, Hampir Ragut Nyawa

Sumber: _cueyah_ via TikTok