Pengalaman bertemu seorang pemimpin negara pastinya menjadi kenangan tersendiri, lebih lebih lagi bagi seorang kanak kanak yang berpeluang bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dengan nama akaun @aminali1906 merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri selepas adiknya pulang dengan penuh keterujaan menceritakan pengalaman ketika kepalanya diusap oleh pemimpin berkenaan.

“Terima kasih YAB Dato’ Seri @anwaribrahim_my. Adik saya cukup teruja bercerita dengan keluarga bahawa kepalanya diusap oleh Perdana Menteri. Semoga Allah SWT merahmati PMX,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, perkongsian itu turut mengundang reaksi pengguna lain yang berkongsi pengalaman serta kenangan masing masing.
“Ya, anak saya pun sangat sangat teruja. Dapat peluk PMX. Sampai sekarang dia masih ingat pernah memeluk PMX. Ya Allah, saya sangat suka,” kata @sna_ashikin_ismail.
“Momen yang sangat berharga untuk dikenang pada masa hadapan,” respons @shafinazfadzil.
“Semoga aura seorang pemimpin itu mengalir kepada adik ini. Bukan semua orang berpeluang merasai pengalaman seperti ini,” kata @raisyaahh765.
“Nilai gambar ini sangat berharga. Akan kekal menjadi kenangan sampai bila bila. Simpan baik baik gambar ini, tuan,” komen @amirulfaez_1.
“Untungnya. Simpan gambar ini baik baik,” tulis @iam_rosmaria.

