Siakap Keli
harimau malaya efootball
Gambar: ERA (Malaysia)

Harimau Malaya Kini Rasmi Ada Dalam eFootball Konami

Harimau Malaya Kini Rasmi Ada Dalam eFootball Konami

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencipta sejarah apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan Konami, iaitu syarikat pembangun permainan mudah alih popular, eFootball.

Menurut ERA (Malaysia), kerjasama itu juga menyaksikan skuad Harimau Malaya secara rasmi disertakan sebagai salah satu pasukan yang boleh dimainkan dalam permainan tersebut.

https://www.instagram.com/p/DDqs_lRSr65/?img_index=1

Lebih menarik, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali turut diberi pengiktirafan sebagai pemegang kad status EPIC Konami eFootball.

Difahamkan, penyenaraian Safee sebagai salah satu pemain bola sepak yang memegang kad EPIC dalah meraikan sumbangan ikonik beliau dalam membantu kecemerlangan bola sepak tanah air.

Safee Sali dan Harimau Malaya ada dalam eFootball

Sebelum ini, SK pernah melaporkan penambahan bekas pemain kebangsaan, Safee Sali dan pasukan Harimau Malaya ke dalam permainan video, eFootball 2024.

Bagaimanapun, penambahan ketika itu adalah sebahagian daripada mod baharu yang ditawarkan permainan tersebut sempena Piala Asia di Qatar.

Dalam perkembangan terkini e-sukan tanah air pula, skuad FAM eRimau berjaya muncul juara dalam kejohanan berprestij FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile yang dijalankan baru-baru ini.

Kejayaan tersebut menjadi detik manis buat negara, lebih-lebih lagi apabila Malaysia muncul negara Asia Tenggara yang pertama muncul sebagai juara dalam kategori permainan mudah alih.

Skuad eRimau muncul juara dunia

Dalam perlawanan akhir menentang Maghribi, pemain utama FAM eRimau, Ahmad Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe berjaya mempamerkan prestasi luar biasa.

Beliau berjaya menundukkan lawannya dengan keputusan 3-0 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada perlawanan kedua, sekali gus mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai juara dunia.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi turut menaikkan nama negara di mata dunia sebagai kuasa baharu dalam sukan digital.

Selain Muhaimin, penghargaan turut perlu diberikan kepada barisan jurulatih yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua wakil Malaysia.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.