Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Robot Tunku Kurshiah
Kredit: Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team

“Team” Robot Kolej Tunku Kurshiah Menang Lawan Wakil Jepun

Athirah

“Team” Robot Kolej Tunku Kurshiah Menang Lawan Wakil Jepun

Bidang robotik semakin mendapat perhatian dan berkembang pesat terutama di banyak negara maju, termasuklah di Malaysia.

Ia turut menjadi salah satu bidang yang semakin diminati dan subjek-subjek khusus berkenaan robotik juga mula ditawarkan di universiti tempatan.

Untuk memupuk minat generasi muda, pendedahan perlu dilakukan seawal yang mungkin dan perlu bermula diperingkat sekolah lagi.

Antaranya, menghantar wakil dalam kalangan pelajar untuk menyertai pertandingan robotik sama ada yang dianjurkan di dalam atau luar negara.

Melalui program sebegini, bakat-bakat robotik tempatan yang masih muda dapat dicungkil dan seterusnya diasah untuk terus berinovasi di masa hadapan.

Team robot dari Kolej Tunku Kurshiah telah mengharumkan nama Malaysia

Baru-baru ini, dua wakil negara dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan telah meraih perhatian ramai ketika bertanding dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.

Menerusi hantaran Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, dua pelajar ini (Team Ensis Kogeki) berpeluang berdepan dengan wakil dari 15 negara di seluruh dunia.

Ianya termasuk perlawanan bertemu perserta dari sebuah kolej terkemuka di Jepun, iaitu Ooita Technical Kagetsu bagi kategori robot seberat tiga kilogram (kg).

Segala usaha keras TKC membuahkan hasil apabila pasukan ini berjaya mencipta sejarah apabila menumpaskan lawan mereka dengan keputusan 2-1 yang membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya.

Menerusi video yang dimuat naik, kepantasan robot sumo milik wakil TKC telah mengejutkan orang ramai apabila mampu mengalahkan robot lawan sekelip mata.

Di pusingan seterusnya, pasukan tersebut bertemu dengan Team Cecil Maxon. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada wakil Perancis itu.

Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian wakil TKC

Walau bagaimanapun, pencapaian wakil negara dalam pertandingan berkenaan tetap mencuri perhatian warga maya yang rata-ratanya berbangga dengan mereka semua.

Di samping itu, pendedahan diraih TKC pasti membuka ruang lebih luas kepada warga pendidik supaya menyedari kepentingan bidang itu kepada generasi hari ini.

Perlawanan itu membolehkan mereka berkongsi ilmu yang memberi manfaat kepada orang ramai bagi memastikan dunia robotik akan terus berkembang pada masa akan datang.

Robot Tunku Kurshiah
Robot Tunku Kurshiah

BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Sumber: Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team