Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pernah Tular Kisah Ditemani Ibunya Sewaktu Masuk Kolej, Dr. Siti Hawa Apandi Telah Kembali Ke Rahmatullah

Dr. Siti Hawa Apandi
Kredit: UMPSA

Masihkah kita mengingati kisah menyentuh hati seorang ibu hanya memasuki kolej bukan untuk belajar namun ingin menjadi kaki dan tangan buat anaknya.

Hari ini, anaknya Dr. Siti Hawa Apandi telah ke rahmatullah pada 27 Oktober 2026 bersamaan 16 Jamadilawal 1448H.

Khabar duka itu dikongsikan oleh UMPSA Malaysia dalam satu hantaran di Facebook.

Allahyarhamah merupakan alumni daripada Fakulti Komputeran dan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai “First 'SMA' Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University

Untuk makluman, Dr Siti Hawa Apandi menghidap penykit genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah.

Sebelum ini, kisahnya mendapat perhatian ramai kerana menghidap penykit genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah.

Sepanjang belajar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ibunya, Zaidah Tamjis, 63, yang membantu menyalin nota, menyelak kertas, termasuk kertas peperiksaan dan menyuapkan makanan.

Perjalanan pengajiannya bermula sejak 2007, dari Diploma hingga berjaya menamatkan PhD di universiti yang sama.

Disebabkan itu, Siti Hawa menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records atas pencapaian tersebut.

Intipati
  • Dr. Siti Hawa Apandi meninggal dunia pada 27 Oktober 2026, menurut hantaran UMPSA.
  • Allahyarhamah menghidap penyakit genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah, menurut artikel.
  • Ibunya, Zaidah Tamjis, membantu beliau sepanjang pengajian dari diploma hingga PhD di UMPSA.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan