Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Aisberg Terbesar Di Dunia
Kredit: AFP

Aisberg Terbesar Di Dunia Mula Bergerak Sekali Lagi

Athirah

Aisberg Terbesar Di Dunia Mula Bergerak Sekali Lagi

Sebuah bongkah ais atau aisberg terbesar di dunia dilapor mula bergerak kembalo merentasi Lautan Selatan, lapor CNN.

Sebelum ini, bongkah ais berkenaan yang dinamakan sebagai A23a telah terkandas selama beberapa bulan dan berpusing di satu lokasi.

Dengan keluasan 3,672 kilometer persegi lebih besar berbanding negeri Rhode Island, bongkah ais berkenaan dipantau dengan teliti oleh saintis sejak ia terpisah daripada rak ais Filchner-Ronne pada 1986.

A23a dipercayai terkandas di dasar Laut Weddell Antartika lebih daripada 30 tahun, sebelum mengecil dan terlepas dari kawasan bongkah ais itu tersangkut.

A23a terus bergerak mengikuti arus ke perairan lebih panas

Bongkah ais ini kemudiannya dibawa arus laut sebelum sekali lagi terkandas di kawasan dikenali sebagai Lajur Taylor.

Kawasan itu dinamakan sempena fenomena pusaran air berpusing yang berlaku dikawasan tersebut yang disebabkan oleh arus laut menghentam gunung bawah laut.

Setelah ia berjaya bebas, saintis menjangka A23a akan terus bergerak mengikuti arus ke perairan lebih panas dan menuju ke Pulau Georgia Selatan.

CNN berkata, A23a beberapa kali dinobatkan sebagai ‘aisberg terbesar’ sejak 1980-an.

Bagaimanapun, rekod berkenaan pernah disaingi oleh aisberg lain yang lebih besar, tetapi mempunyai jangka hayat lebih pendek seperti A68 (2017) dan A76 (2021).

Dalam pada itu, para saintis memaklumkan bongkah ais yang terpisah adalah sebahagian daripada proses semula jadi pertumbuhan rak ais.

Malah mereka juga tidak menjangkakan keadaan tersebut akan menyumbang kepada peningkat paras laut.

Bagaimanapun perubahan iklim sedang membawa perubahan yang membimbangkan, sekaligus berpotensi membawa kesan buruk terhadap kenaikan paras laut global.

Saintis kaji hakisan bongkah ais yang mempengaruhi kitaran laut

Sepanjang perjalanan A23a merentasi lautan, saintis turut mengkaji hakisan bongkah ais yang mempengaruh kitaran laut terhadap kitaran karbon dan nutrien global.

“Kami tahu bongkah ais gergasi ini boleh membekalkan nutrien kepada perairan yang dilaluinya, malah mewujudkan ekosistem subur di kawasan yang biasanya kurang produktif.

“Apa yang kami tidak tahu adalah perbezaan yang boleh dilakukan oleh gunung ais, termasuk bagaimana skala dan asal-usul aisberg tertentu mempengaruhi proses ini.

“Kami telah mengambil sampel air laut dari permukaan di belakang, bersebelahan dan di hadapan laluan A23a,” ujar ahli biogeokimia, Laura Taylor.

Katanya, data ini dijangka membantu saintis memahami kehidupan yang boleh terbentuk di sekitar A23a, sekaligus mengetahui kesan terhadap karbon di lautan dan keseimbangannya dengan atmosfera.

BACA: Aisberg Seberat Hampir 1 Trilion Tan Dilapor Berpusing & Mencair

Sumber:

CNN