Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perintah Gaji Minimum Pekerja RM1.7k
Seperti yang diketahui, dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.
Inisiatif ini memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin serta mengangkat martabat dan mengutamakan rakyat.
Tentu ramai yang tertanya-tanya apa garis panduan baharu yang diterapkan dalam pelaksanaan ini.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan penetapan gaji secara jelas di ruangan bawah.
Apa itu takrifan Gaji Minimum?

Sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut, anda terlebih dahulu perlu mengetahui tentang definisi sebenar “gaji minimum”.
Untuk maklumat, “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta 732 adalah gaji pokok. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.
Bilakah tarikh Perintah Gaji Minimum (PGM)?
Seperti yang dimakluman di atas, PGM akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025, dengan kadar RM1,700 sebulan bagi majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih.
Sementara itu, bagi majikan yang mengambil pekerja kurang dari lima pekerja bakal, PGM RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 (tempoh penangguhan majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja telah tamat).
BACA: Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri
Kadar Gaji Pekerja
Berdasarkan kadar gaji minimum RM1,700, berikut adalah pecahan bayaran mengikut hari dan jam di jadual bawah;
Macam mana pula dengan nasib pekerja yang tiada gaji pokok?

Jangan risau buat mereka yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kerajaan turut menetap kadar bayaran hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan semasa iaitu RM1,700.
Boleh ke majikan membayar gaji pokok lagi rendah?
Jawapannya adalah tidak, kerana menjadi satu kesalahan walaupun pekerja bersetuju untuk majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum.
Ini kerana di bawah seksyen 43, Akta 732, majikan wajib membayar kadar gaji minimum sepatutnya kepada pekerja.
Pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sekiranya terdapat pelanggaran.
Golongan mana yang bakal menikmati PGM ini?
Kadar gaji minimum ini bakal dimanfaatkan oleh semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal rasmi Kementerian Kewangan atau klik di sini.
Sumber: Kementerian Kewangan